Wednesday, May 28, 2014

#1 List Barang Keperluan Baby (Diapering)

Assalamualaikum :)

Yeayy! Kali nih nak update list barang keperluan baby dengan mak baby sekali. Hihi. Disebabkan bakal beli barang tak lama lagi, of course lerr nak buat list siap-siap. Hubs cakap fokus dekat satu part dulu! Okey dah decide nak fokus dekat part diapering dulu. Sebab takde masalah sangat dekat situ. Part pakaian nanti lah pikir. Hihi

Tapi barang baby pun sekarang mahal kot. Erm.. Kena rajin update blog, kerja, buat part time, online biz nih. Haha. Tu baru benda basic. Tak masuk stroller, walker, baby cot semua lagi. Hmm. Pening pala. But its okey. Ibu akan penuhkan list nih demi anak ibu. Biar ibu pakai baju or barang rm10 takpee ! Hihi.

Diapering



Napkin
Benda wajib ada setiap baby kot. Walaupun benda alah nih macam tak perlu beli banyak tapi macam penting jugak. Maybe akan guna untuk back up or bedung baby je kot nanti. Tapi kakak ipar dah siap pesan.. Jangan beli.. Dia nak bagi yang anak dia punya. Okey lah. Lagi pun anak dia baru 3 bulan. Still new lagi. Hehe. Nanti time raya nanti dia bagi. Katanya lah kan. Hehe.




Lampin pakai buang
Untuk pampers pulak setengah orang cakap jangan beli yang mahal. Sebab tak tau baby sesuai ke idok. And baby newborn memang kerap tukar sebab diorang kerap membuang. Larat ke nak beli yang mahal ? Pastu kalau nak beli, beli yang size kecik sikit je. Jangan banyak sebab tak tau montot baby besar mana. Okey baiklah!! So setakat nih hubs nak belikan baby petpet. Mahal ke idok erk ? Huhu.




Wet Tissue
Wet tissue nih ramai suruh beli banyak. Buat stock pun okey. So dah decide nak beli brand Anakku dengan Pureen je nanti. Tunggu bulan depan.




Changing Mat
Benda nih penting okey! Berguna time nak pakaikan pampers, baju.. Sebab kalau baby ter "poopooo or kencing" Tak lah basah tilam dia kan. So nak sediakan 3. Satu letak rumah, satu letak rumah pengasuh nanti, satu lagi kalau-kalau nak travel. Senang kan. Huhu




Bakul dan baldi untuk letak baju/lampin kotor
Maybe akan beli jenis nih kot. Dekat ikea ada jual kot. Huhu. Dalam otak dah set siap-siap nak beli 2. Satu letak baju kotor satu lagi baju baru yang tak lipat lagi. Okey senang kerja!!





Detergent khas cuci pakaian baby
Ingat nak beli yang nih je. Apa ntah nama dia. Haha.ABD liquid pureen kot. Haha. Nina lagi suka yang liquid dari powder nih. Huhu

So tu je lah yang nina dapat listkan. Nih pun refer blog mommies di luar sana nih. Ada yang nina tolak tambah. Yang mana tak perlu kita tolak. Yang mana perlu kita listkan. Huhu. Lepas dah setel beli barang diapering baby, kita update part lain pulak okey ?

Monday, May 26, 2014

18 minggu bersama...

Assalamualaikum
Anak ibu tengah buat apa tuh ? Hihi. Tetiba je kan :p

Okey. Baru-baru nih nina ada checkup untuk 18 weeks. Nasib lah sampai awal. Kalau tak jenuh menunggu. Huhu. So tak lah lama sangat kan nak menunggu. Yes. My berat dah naik dah. Huaaa! Cepatnya berat nina naik. Dah naik 1 kg kot. Finally! Baru naik kan. Bukan main susah nak naik. Ehh :p

Masa checkup tuh dapat dengar bunyi degupan jantung baby. Allah! Happy tak terkata lah. Nak nangis! Tapi cover.. Malu lah nangis time tuh. Kang orang ingat nina gila pulak. Huhu.

Baby ibu :)




Oh tak silap masa checkup haritu, hb nina pun okey kot. Alhamdulillah. Sejujurnya, nina dan hubs teringin nak tau baby girl or boy. Tapi baby takmau tunjuk lagi lah. Hmm. Takpe. Dia nak suprise kan ibu and papa dia kot. Hihi.

Husband cakap boleh lah start beli barang baby 24 weeks. Yeayy! Tapi say no to BAJU! Haha. Baju akan beli time 28 weeks. 24 weeks nih beli barang yang selamat untuk baby girl or boy, penting, bukan baju.. Macam barang breastfeeding ke, diapering ke. Yeayy! Ibu dah tak saboo! Tapi baru 18 weeks. Haha. Ish sabar nina. Kau baru 4 bulan. Lama lagi nak sampai 6bulan. Sabar kejap. Haha.

So tu je kot nak update. Tak banyak sangat..doakan nina dan baby sihat ya. Dan baby membesar dengan sihat. Nanti nak update checklist baby. Tapi ikut part sebab dalam kertas memang nina ikut part. Lagipun tak rajin nak list semua dalam satu entry. So, ikut part senang sikit eh. Tapi ada yang nina tambah, tolak. K byeee.

Monday, May 19, 2014

17 weeks & 3 days

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hari nih dah 17 weeks and 3 days! Serius diri nih still tak percaya yang bakal jadi ibu! Memula risau, mampu ke aku jadi ibu nih. Dengan baru umur 24 tahun. Mampu ke aku jaga dia. Mampu ke aku didik dia. Memang selalu fikir sangat. Tapi husband selalu cakap " Dont worry. Kita sama-sama besarkan dia. Sama-sama kita didik dia. " Terus rasa semangat nak dapat baby. Haha.

Haritu masa 15 weeks tuh alahan semua macam dah kurang sikit daa. Sekarang dia jadi lebih teruk. Kekadang minum air kosong je pun keluar balik T_T Memang lemah sangat badan. Dah lah makan pun tak boleh. Kalau bubur pun tak boleh okey!

Risau jugak berat sampai turun banyak kg. Tapi nak buat macam mana kan. Sekarang dah boleh start makan cuma 3 jenis je. Biskut, buah, nasi. Kalau biskut selalunya makan petang. Kalau pagi-pagi macam nak  keluar balik je. Huhu. Kalau nasi pulak selalunya makan time lunch. Limited! Haha. Sepinggan je. Tak boleh lebih-lebih. Selalu makan dengan ayam goreng, ikan goreng dengan ayam masak kurma kot :p Untuk buah pulak,makan bila-bila pun okey je. Anytime everywhere. Hehe.

Sakit pinggang semakin terasa. Cuma boleh lagi handle. Hihi. Kerja rumah still hubs buat walaupun dah 17 weeks nak dekat 18 weeks dah kan. Alaaa. Bukan selalu boleh manja dengan hubs kan..hoho.

So, tu jelah kot nak update. Panjang lebar pun tak boleh sebab dalam kerja nih. Kang boss datang bawak surat pecat haaa sudah! Baby keluar tak pakai baju lah nanti. Hihi.

Friday, May 9, 2014

Terima penyakit baru :(

Assalamualaikum :)

Setiap hari jumaat iaitu pada setiap minggu, mesti nina & husband happy. Sebabnya setiap hari jumaat setiap minggu, baby bertambah 1weeks! Allah! Cepat betul kan masa. Huhu. Yang tuh cerita next entry yah ;) Apapun semoga anak ibu & papa membesar dengan sihat ya.

Ok. Macam tajuk kat atas tu lah. Nina terima penyakit baru sejak tau pregnant nih. Kalau ikutkan penyakit, teruk jugak tau penyakit tuh. Huhu. Mesti korang berdebor nak tau penyakit apa kan. Nak bagitau tak erk. Hmm. Ok nina bagitau.

Nina terima penyakit baru iaitu ........ MALAS! Hahaha. Tak tau lah nak buat apa dengan penyakit tuh. Dulu memang selalu ada penyakit nih tapi kali nih memang parah gilaa. Semua kalau boleh tak nak buat. Nak kemas rumah, cuci pinggan pun malas.. Nasib dapat suami yang faham keadaan isteri dia. Thank you awak! :'*

Macam biasa rutin harian nina. Bangun pagi pergi kerja pastu lepas dah habis kerja balik rumah mandi, makan biskut ke dulu sementara tunggu hubs balik, pastu tengok tv then hubs balik. Dia masak nina makan pastu tengok tv lagi. Online semua pastu masuk bilik tido. Huhu. Isteri yang pemalas betul kan. Memang nina tak pandai masak, tapi setakat nasi, bihun semua tuh nina boleh lagi. Pandai lah jugak masak cuma tak pro. Tapi nih satu makanan pun tak masak. Harap buatkan hubs air je. Huhu. Sabar jelah kan.

Rutin harian hubs pulak bangun mandi semua pastu pegi sidai dulu baju semua pastu baru pergi kerja then bila dah habis kerja, balik rumah mandi kejap pastu masak dekat isteri dia yang lapar tuh. Then makan sama-sama. Pastu dia kemas semua. Dia cuci pinggan.. Kemas rumah semua then bila dah setel baru boleh rest. Isteri dia ? Hanya tengok saja!

Awak maafkan nina ya. Nina sejak preggy nih pemalas betol. Setakat tak masak takpe. Nih basuh baju & buatkan air je nina buatkan. Sorry :'( Nina tau awak penat. Dengan kerja awak lagi. Nina hanya goyang kaki. Maafkan nina yah ? Nanti bila dah okey sikit or lepas deliver nina tolong awak buat semua ya ? Sorry.

Sekian cerita " Terima Penyakit Baru " dari nina. Ikutkan tak nak publish sini. Malu bila orang baca. Mesti ada yang cakap " Orang lain pun pregnant tapi taklah teruk macam kau" Huhu. Tapi takpe. Publish jugak sini sebagai kenangan nanti. And untuk anak ibu bila dah besar. Please baca and terharu :')

Sekian terima kasih

Saturday, May 3, 2014

15weeks bersama

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah baby dah 15weeks. Kalau ikutkan, dah masuk 2nd trimester. Series rasa kejap je masa. Perut pun dah besar. Kekadang macam tak sangka ada baby kat dalam. Huhu. Hari jumaat baru-baru nih nina siap berlari & bersuka ria lagi time lunch. Haha. Sampaikan akak office tegur " Ehh nina bukan nina preggy ke ? Jangan lasak sangat. Bahaya! " Hahaha. Ok ibu promise ibu dah tak bersuka ria sampai lupa baby ada kat dalam erk. Hihi.

Untuk berat pulak rasanya sama ja. Sebelum pregnant berat 55kg. Pastu masa pregnant dalam 1st trimester berat 50kg je. Sampai sekarang dah 2nd trimester berat still 50kg. Ni maybe sebab alahan masa 1st trimester tuh kot. Huhu. Doktor pun macam risau je ? Husband suruh makan banyak supaya berat naik. Tapi makan banyak pun tak naik jugak. Takpelah. Asalkan baby sihat. Boleh macam tuh ? :p






Kalau ikutkan dari babycenter, macam nih lah baby :')

Kalau bab persediaan pulak kitorang memang tak fikir lagi. Adalah jugak orang tanya macam mana barang baby dah beli belum. Jawapannya mestilah TIDAKKK! Ingat nak beli time 24weeks tapi ada orang cakap awal lagi. Pulak dah! --"

So rasanya 28weeks kot baru start shopping. Time tuh taktau lah apa jadi. Sekarang pun dah terasa sakit pinggang tuh. Nanti tak tahu lerr :p Kekadang jalan pun sampai dah senget-senget. Huhu. Any tips nak kurangkan sakit pinggang ??

Ingat nak scan baby lah. Rindu dekat baby. Nak tengok dia ok ke tak. Ingat plan nak scan hari nih. Tapi papa baby cakap nanti lah. Harini banyak kenduri. So ingat nak scan next weeks.

Apapun semoga baby ibu and papa sihat ya. Nanti ibu beli baju kat awak tau. Heee. K bye