Assalamualaikum
Harini nak update checklist and planning untuk faiq and ammara turns 1.. Excited jugak nak update nih.. First time nak sambut birthday party anak sendiri.. Sebelum nih parent nina yang busy prepare macam-macam untuk sambut birthday nina now turn nina plak busy prepare macam-macam untuk sambut birthday faiq and ammara.. For sure bab-bab nih ibu je yang excited.. Papanya rileks je betul takk? haha
Alhamdulillah banyak benda dah setel.. Tinggal sikit-sikit macam doorgift, candy buffet macam tu je tak setel lagi.. Yang lain alhamdulillah dah setel dah ;) A big thanks to hubs, my family and family in law cause banyak tolong and bagi pendapat untuk 1st birthday hero and heroin nina nih.. And tak lupa jugak kawan-kawan nina yang banyak suggest macam-macam sampai naik pening nina tengok sebab semua comel-comel! Haha.. Thank you so much!
Ohh haa checklist nih nina ambik dari blog irine.. Dia banyak share pasal checklist birthday nih
Checklist
1. Tema
Benda first yang kena pikir and buat of course tema! Senang nak tempah candy buffet, baju apa semua kan.. Okayh at first kitorang ingat nak buat tema cartoon - cartoon nih tapi bila fikir balik anak nina twins girl and boy plak tuh so terus kitorang decide buat tema plain color je.. Tapi taktau lah kalau tukar tema last minute kan haha.. But sekarang nih memang dah decide nak buat tema plain color.. Pink and blue .. Sesuai dengan genders twins.. Pink untuk ammara, blue untuk faiq yeay hehe
2. Tarikh and masa
InshaAllah kalau ikut planning kitorang ingat nak buat 5 December 2015 iaitu hari Sabtu nih.. Sabtu senang kan saudara mara semua nak datang sebab semua cuti.. Masa plak InshaAllah start pukul 3 petang sampai pukul 5 petang macam tuh.. Ingat nak buat malam tapi risau jugak takut budak-budak mengantuk awal kan.. Siang senang sikit budak-budak nak menjerit bagai kan hehe
3. Menu
Untuk menu nina dah berjaya tempah mee goreng , laksa , sate and mihun goreng... Hope makanan cukup lah.. Risau tetamu datang makanan habis huhu.. Btw menu nih mak mertua yang setelkan.. Dia yang tolong bagitau idea untuk menu and tolong tempah.. Alhamdulillah
4. Decorations
Belon , backdrop banner , alphabet banner
5. Guest list
Untuk guest list nih aina dah tetapkan jumlah tetamu yang akan nina invite untuk birthday party faiq and ammara.. Lebih kurang 250 orang macam tu je.. 250 orang tuh termasuk saudara mara , jiran and kawan-kawan nina and hubs je..
6. Goodies
Goodies nih nina ingat nak bagi stationery set je.. Sebab dah nama pun birthday party kan of course lebih kepada budak-budak.. Untuk parents pun ingat nak bagi jugak tapi tulah tengah pikir lagi nak bagi apa hehe
7. Kad jemputan
Kad jemputan nih tak penting pun.. Kang buat kad bagai mengalahkan wedding anak je kan.. Tapi disebabkan dah jadi trend birthday party pun ada kad bagai, maka si ibu pun excited nak buat kad jugak hehe.. Alaa kad nih buat sendiri je.. Design, print and then dah boleh bagi dekat kawan-kawan.. Nina buat 2.. Satu just invite kawan dekat fb and whatsapp lagi satu print and edarkan dekat kawan-kawan, saudara mara and jiran
8. Birthday cake
Haaa bab nih ibu twins paling excited.. Dah banyak tempat nina survey tapi semua macam nina tak berkenan hehe.. Last sekali tanya kawan dekat fb cake birthday yang comel-comel ramai pulak yang suggest sampai naik pening nak decide hehe.. Tapi alhamdulillah dengan bantuan hubs dah selamat tempah cake untuk twins.. Tak sabar plak nak tengok cake tuh depan mata
9. Candy buffet
Ikutkan nak buat sendiri je candy buffet nih tapi takut tak sempat so ingat nak tempah je.. Dah survey dah and price pun not bad lah.. Emm anyone yang tau ig or fb mana yang buat service candy buffet area kota damansara ? Boleh comments dekat bawah yaa
10. Cookies
Tengok blog irine nadia pastu ternampak cookies bentuk botol susu bagai tuh terus excited nak buat macam tu jugak! Hahah.. Lagipun mat salleh banyak buat cookies macam tu kalau buat birthday party, baby shower and etc kan.. Cookies bentuk stroller , botol susu semua tu alhamdulillah dah tempah dah..
11. Photographer
Wajib! Hehe... Untuk kenangan bila twins dah besar and untuk nina and hubs sendiri bila dah tua nanti.. Kitorang dah setel booked dari last weeks.. Kawan adik ipar hubs.. Tengok hasil gambar yang dia ambil pun cantik-cantik..
12. Baju
Baju untuk faiq dah beli dah dekat mothercare haritu.. Baju ammara plak nina tempah.. Sebab nak sama dengan ibu hehe.. Nina cari kain yang material dia tak panas sebab kalau panas takut mood ammara tak ok.. Baju hubs plak beli dekat sogo je.. Sedondon kitorang nanti hehe..
Ok dah setel list untuk twins turns 1.. Hopefully semuanya berjalan lancar.. Ibu sooo excited! Nanti nina review pasal birthday party twins ok.. And inshaAllah kalau berkesempatan nina nak share story deliver twins haritu..