Friday, June 27, 2014

Help Me! Urgent!.



Assalamualaikum... Nak tanya sikit lah boleh tak ? Okey disebabkan nina memang asal Kedah tapi nina stay di Shah Alam nina nak tanya korang sikit lah.. Korang tau tak tempat cuci kereta *carwash* dekat area Kedah nih ? Sebab sekarang nina ada dekat Kedah dengan hubs.. Balik kampung kejap.. Nina nak cari sebab nak mandikan sikit my car nih.. Boleh je basuh sendiri tapi nina & hubs nih tak berapa "rajin" sangat.. Hehe.. So kalau tau boleh direct massage nina or komen je okey.. Maklumlah tak berapa tau sangat tempat-tempat dekat Kedah nih.. Nama jaa asal Negeri Kedah kan.. Bukan asal tapi memang lahir dekat Kedah pun.. Tapi tempat-tempat dekat Kedah pun taktau. Sampai kena tanya orang. Ishh..

Thursday, June 19, 2014

Color untuk raya

Assalamualaikum
Amboi semangatnya kau nih kan nina. Puasa belum dah fikir pasal color untuk baju raya. Dah lah nanti raya tengah pregnant 6 bulan. Nevermind. Kali nih raya dengan baby dalam perut. Tahun lepas raya sebagai tunang orang. Tahun depan pulak raya dengan family sendiri (suami dan baby sendiri yang dah nak setahun time tuh! InshaAllah.)

This year walaupun raya dengan gelaran mak buyong, still nak pakai cantik-cantik. Hihi. Tapi tak boleh bergaya sebab perut dah bolat. Huhu. Tapi tak fikir lagi nak buat baju design macam mana. Baru duk fikir color. Pening sangat kali nih nak fikir color sebab first time nak raya dengan suami sendiri. Hihi.




Ingat nak buat baju raya tahun nih color kedua dari kiri. Okey tak ? Macam cantik je color pastel nih kan. Hubs pun taknak pakai baju terang sangat. Huhu. Lagipun nina rasa bila nina pakai baju color pastel, baby bump tak berapa nampak sangat. Nampak pun sikit je. Macam baru 4 bulan pregnant gitu. Tapi kalau color terang sangat nampak jelas lah jugak. Tak sure sangat tapi nina ada perasan pastu kawan and hubs pun ada perasan and tegur. Huhu.

So kita tengok dulu color apa yang jadi pilihan raya tahun nih tau. Hehe. K bye. Jumaat nih baby genap 22 weeks. Cepatnya anak ibu membesar kan. Membesar dengan sihat ya sayang. Gender baby ? Tak tahu lagi lah.. Huhu.

Wednesday, June 11, 2014

20weeks++

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah dah 20 weeks++ dah baby dalam tummy. Oh cepatnya kan. Hmm makin lama makin cepat, makin berdebar pulak nina jadinya. Haii diri nih macam tak percaya jugak nak jadi ibu dah. Huhu.

Tapi kan sekarang makin malas nak update blog lah. Tu yang tengok blog nih sunyi je haa. InshaAllah lepas nih nak rajin update. Nak jadikan kenangan lah kononnya. Tapi entah.. Rasa malas semacam. Takpe lah. Nak jugak update walau malas. First time jadi ibu to be kan. Nanti anak kedua maybe tak kerap update dah kot. Nampak sangat ibu tak adil dengan second baby kan. I dont care! :p




Kalau ikutkan baby dah besar banana. Hmm. Rasa sunyi lah pulak rumah nih bila hubs takde. Selalunya dia ada time memalam kan. Time tido. Tapi hubs kena kursus lah pulak. Ahad baru balik. Pegi semalam. Adoiii. Rinduunyaaa. Nasib baby pun okey. Tak nakal sangat. Pandai jaga ibu dia. Lol --'

Takpelah. Nak buat macam mana kan hubs nak kena pergi kursus. Dah kerja kan. Terima jelah. Dulu hubs selalu jugak kursus. Tapi taklah rasa macam nih sangat. Maybe pregnant sama kot. Tu yang setiap malam asyik nangis rindu :'p

Now baru duk fikir nama baby. Tak decide lagi nak letak nama apa. Gender baby pun tak tahu lagi. Tapi kalau lah dah tau gender baby, kitorang memang nak jugak cari nama untuk baby boy and baby girl.
Tapi hubs and nina dah setuju yang kitorang takyah lah buat syarat macam contoh boy, baby kena ikut nama papa dia. Contoh papa baby (SS) So baby pun kena SS jugak. Tak payah! Kalau baby boy, nama first baby papa baby yang pilih. Tak kisah huruf apa. Bukan S pun okey. So, kedua nama tuh ibu yang pilih. Tak kisah jugak start huruf apa. Huhu. Tapi tak fikir lagi nak letak nama apa.

Pastu bab persiapan. Memang tak beli apa-apa lagi. Cuma Sabtu lepas ada pegi jusco, tesco tengok barang baby. Survey dulu. Tengok harga. Senang nak bajet :p Tu je kot. Takde beli lagi pun. Kan kata 24weeks. Kang kalau cakap nak beli dia ubah fikiran 28weeks haa sudah kan. Hihi. Tapi baby ada dapat hadiah. Dari acu baby. Dapat apa ? Nantikan tau!

So nak update tu je. Esok kan kerja. Tak boleh update lelama. Mengantuk dah nih. Buat esok tak jaga tak pegi kerja lah den kan. Haha. Oh lusa baby dah 21 weeks dah tau. Oh Cepatnya! Tak ku sangka, tak ku duga! Lol -,-

Ok bhai :D Selamat Malam. Gudnite :-)

Tuesday, June 3, 2014

Work!

Assalamualaikum

Sejak dua tiga minggu lepas memang malas betul nak pegi kerja. Maybe sebab kerja dekat office terlalu banyak sampaikan dah malas dah.. Huhu. Pernah jugak bercita-cita nak berhenti. Tapi husband tak kasi. Dia cakap kita susah and senang sama-sama. Pastu try cakap yang nak berhenti kerja lepas deliver baby. Baby 2 tahun baru kerja. Tapi awal-awal dah kena reject. Ohh sungguh sedih okey!

Kekadang rasa macam pic dekat bawah tuh tau. Huhu.




And kekadang rasa macam stress sangat dengan kerja. Tambah pulak sekarang lagi banyak kerja nak kena setel! Nih baru berapa bulan... Nanti dekat nak bersalin lagi lah banyak kerja kan. Memang stress sangat. Tapi hubs selalu pujuk cakap " pegilah kerja. Kerja sungguh-sungguh nanti boleh beli barang comel- comel dekat baby " Terus semangat sikit nak kerja. Tapi sikit jaa. Huhu.

Kan selalu stress. Risau jugak dekat baby. Ada satu malam tuh nina usap perut sambil cakap dengan baby " Kesian baby kan. Ibu asyik stress je. Sorry sayang. Ibu harap awak takde kesan apa-apa kat dalam tuh. Jangan pulak ibu stress awak pun stress sama ye. " Pastu tetiba pap! Ada rasa baby gerak. Allah! Perasaan tuh happy sangat. Mengalir air mata. Terus panggil hubs. Huhu :')

Sekarang kalau stress automatik akan ingat baby. Fikir jangan stress kesian baby. Kerja kuat nak cari duit untuk family and baby. Cuma tuh lah stress dengan office. Huhu. Tapi takpe. Bila ibu stress terus ibu ingat anak ibu yang kat dalam jadi semangat ibu nak bekerja! Ibu sayang awak lah! Muahh :'*

Nanti nina update pengalaman rasa baby gerak-gerak okey. Memang moment sangat! Tak sabar nak tunggu baby keluar hujung bulan oktober nanti :') And now baby dah 19 weeks++ dah. Dah besa anak ibu kat dalam yea. Membesar dengan sihat ya.

Now kalau stress dekat office cepat-cepat pegang perut and buka handbag tengok gambar scan baby terus rasa semangat. Huhu. Thanks anak ibu and papa baby sebab buatkan ibu semangat nak kerja kuat! Ibu sayang korang!

Monday, June 2, 2014

Color tema untuk tunang

Entry ini ditaip sebelum kawen dah dipublish selepas kawen. Sekian ;)

....................................................

Alhamdulillah dah jadi tunang orang dah nina. :) Perasaan tuh sure happy kan. Btw, hari ni nina nak review pasal majlis pertunangan nina tuh. Baju, kasut semua. Nak jugak update buat kenangan. InshaAllah nina akan nikah tahun depan kot :p Okey kali nih nak update pasal baju tunang nina. Tapi kan, pic baju tunang nina tuh tak boleh upload lah. Memang setiap pic yang ada dalam phone nina tak boleh upload. Kenapa erk ? Sapa tau kenapa ? Huhu. So nina akan cuba cari design dia yang nak dekat sama dengan baju tunang nina ya. Sebab nina dapat idea nak buat baju gitu pun sebab tertengok ada artis nih pakai dekat google. Hihi.

Tapi kali nih nak update pasal tema untuk majlis tuh dulu boleh ? Hihi. Sebenarnya nina nak tema tuh color soft pink. Tapi encik tunang cakap dia tak nak pakai baju color pink. Sebab kitorang plan nak buat outdoor or indoor photoshot sekali. Huehue :p So dia cakap kita buat tema color cream lah. Pastu nina cakap balik yang nina tak setuju. Nina nak color yang soft. Pastu dia cakap kita buat tema hijau muda nak. Pastu nina try google and hasilnya ?




Yes tak mengecewakan. So nina dah siap letak dalam list dah color nih. Tapi nina suruh dia carikan lagi color lain sebab kalau boleh sekurang-kurangnya tiga pilihan color. So encik tunang tunjukkan color yang macam ana raffali punya baju nikah dia. Oh i like!




Haa. Terus rasa cair. Lupa dah dekat soft pink tuh. Tapi tetiba tett. Boleh pulak tanya encik tunang ada lagi tak color lain. Haha. Pastu dia cakap ada. Color baby blue. Pastu dia tunjukkan pic.




Okey dah cair dah dengan color nih. Encik tunang cakap macam nak buat baju kawen je. Tah nanti baju kawen macam mana lah. Haha. Sabar jelah yea encik tunang. Haha. Pastu tetiba terjumpa lagi satu pic! Oh berkenan lagi.




Hadoii. Memang dah jatuh cinta dengan color tuh. Bukan color je tau. Sekali dengan design baju tuh nina jatuh cinta. Hahaha.

So tu je color yang kitorang list. Setel bab color pening bab design pulak. Encik tunang senang sebab baju melayu je kan. Huhu. So nak tahu baju design macam mana and color apa yang jadi pilihan ? Nantikan next entry tau. K bye.

Wednesday, May 28, 2014

#1 List Barang Keperluan Baby (Diapering)

Assalamualaikum :)

Yeayy! Kali nih nak update list barang keperluan baby dengan mak baby sekali. Hihi. Disebabkan bakal beli barang tak lama lagi, of course lerr nak buat list siap-siap. Hubs cakap fokus dekat satu part dulu! Okey dah decide nak fokus dekat part diapering dulu. Sebab takde masalah sangat dekat situ. Part pakaian nanti lah pikir. Hihi

Tapi barang baby pun sekarang mahal kot. Erm.. Kena rajin update blog, kerja, buat part time, online biz nih. Haha. Tu baru benda basic. Tak masuk stroller, walker, baby cot semua lagi. Hmm. Pening pala. But its okey. Ibu akan penuhkan list nih demi anak ibu. Biar ibu pakai baju or barang rm10 takpee ! Hihi.

Diapering



Napkin
Benda wajib ada setiap baby kot. Walaupun benda alah nih macam tak perlu beli banyak tapi macam penting jugak. Maybe akan guna untuk back up or bedung baby je kot nanti. Tapi kakak ipar dah siap pesan.. Jangan beli.. Dia nak bagi yang anak dia punya. Okey lah. Lagi pun anak dia baru 3 bulan. Still new lagi. Hehe. Nanti time raya nanti dia bagi. Katanya lah kan. Hehe.




Lampin pakai buang
Untuk pampers pulak setengah orang cakap jangan beli yang mahal. Sebab tak tau baby sesuai ke idok. And baby newborn memang kerap tukar sebab diorang kerap membuang. Larat ke nak beli yang mahal ? Pastu kalau nak beli, beli yang size kecik sikit je. Jangan banyak sebab tak tau montot baby besar mana. Okey baiklah!! So setakat nih hubs nak belikan baby petpet. Mahal ke idok erk ? Huhu.




Wet Tissue
Wet tissue nih ramai suruh beli banyak. Buat stock pun okey. So dah decide nak beli brand Anakku dengan Pureen je nanti. Tunggu bulan depan.




Changing Mat
Benda nih penting okey! Berguna time nak pakaikan pampers, baju.. Sebab kalau baby ter "poopooo or kencing" Tak lah basah tilam dia kan. So nak sediakan 3. Satu letak rumah, satu letak rumah pengasuh nanti, satu lagi kalau-kalau nak travel. Senang kan. Huhu




Bakul dan baldi untuk letak baju/lampin kotor
Maybe akan beli jenis nih kot. Dekat ikea ada jual kot. Huhu. Dalam otak dah set siap-siap nak beli 2. Satu letak baju kotor satu lagi baju baru yang tak lipat lagi. Okey senang kerja!!





Detergent khas cuci pakaian baby
Ingat nak beli yang nih je. Apa ntah nama dia. Haha.ABD liquid pureen kot. Haha. Nina lagi suka yang liquid dari powder nih. Huhu

So tu je lah yang nina dapat listkan. Nih pun refer blog mommies di luar sana nih. Ada yang nina tolak tambah. Yang mana tak perlu kita tolak. Yang mana perlu kita listkan. Huhu. Lepas dah setel beli barang diapering baby, kita update part lain pulak okey ?

Monday, May 26, 2014

18 minggu bersama...

Assalamualaikum
Anak ibu tengah buat apa tuh ? Hihi. Tetiba je kan :p

Okey. Baru-baru nih nina ada checkup untuk 18 weeks. Nasib lah sampai awal. Kalau tak jenuh menunggu. Huhu. So tak lah lama sangat kan nak menunggu. Yes. My berat dah naik dah. Huaaa! Cepatnya berat nina naik. Dah naik 1 kg kot. Finally! Baru naik kan. Bukan main susah nak naik. Ehh :p

Masa checkup tuh dapat dengar bunyi degupan jantung baby. Allah! Happy tak terkata lah. Nak nangis! Tapi cover.. Malu lah nangis time tuh. Kang orang ingat nina gila pulak. Huhu.

Baby ibu :)




Oh tak silap masa checkup haritu, hb nina pun okey kot. Alhamdulillah. Sejujurnya, nina dan hubs teringin nak tau baby girl or boy. Tapi baby takmau tunjuk lagi lah. Hmm. Takpe. Dia nak suprise kan ibu and papa dia kot. Hihi.

Husband cakap boleh lah start beli barang baby 24 weeks. Yeayy! Tapi say no to BAJU! Haha. Baju akan beli time 28 weeks. 24 weeks nih beli barang yang selamat untuk baby girl or boy, penting, bukan baju.. Macam barang breastfeeding ke, diapering ke. Yeayy! Ibu dah tak saboo! Tapi baru 18 weeks. Haha. Ish sabar nina. Kau baru 4 bulan. Lama lagi nak sampai 6bulan. Sabar kejap. Haha.

So tu je kot nak update. Tak banyak sangat..doakan nina dan baby sihat ya. Dan baby membesar dengan sihat. Nanti nak update checklist baby. Tapi ikut part sebab dalam kertas memang nina ikut part. Lagipun tak rajin nak list semua dalam satu entry. So, ikut part senang sikit eh. Tapi ada yang nina tambah, tolak. K byeee.