Assalamualaikum
Dah nak hujung-hujung pregnant nih baru lah terkedek-kedek ibu & papa nak cari nama untuk baby kan.. Haha.. Sebernarnya dah ada nama dah.. Kitorang dah pilih cuma tak confirm lagi.. Sebab haritu pilih satu nama je, nih nak dapat twins kena lah cari lagi satu nama untuk baby kan.. InshaAllah kitorang akan dapat sepasang nanti.. Girl & boy.. Walaupun dapat sepasang, dua-dua nama tetap ibu & papa pilih! Hiks :p
Nama untuk baby girl kitorang dah pilih dah.. Now nak cari nama untuk baby boy pulak.. InshaAllah nama depan & tengah baby boy kitorang akan letak huruf yang sama macam nama papa baby.. Buat masa sekarang kitorang tak panggil lagi baby dengan nama yang kitorang bakal letak.. Cuma panggil " Baby Ibu Papa " je.. Hehe. Rasa macam pelik nak panggil nama diorang.. Lol! Biarlah diorang lahir dulu :p
Btw, kalau boleh kitorang memang tak nak letak nama baby mula huruf belakang-belakang.. Sebab nanti bila dia dah sekolah nanti asyik dia je orang last kena panggil nama kan.. So maybe akan mula dengan huruf A. InshaAllah. Then kitorang pun taknak lah kalau letak nama panjang-panjang nih.. Contohnya macam nina sendiri, kalau nama penuh nina bukan main panjang at last panggil nina je. Haha.. So nama baby kitorang akan letak pendek-pendek je dan senang untuk disebut..
Paling penting kena ada maksud.. Kalau boleh maksud tuh biarlah elok kan.. Sebab nama nih nak guna sampai diorang tua kan.. So haruslah letak nama dan ada maksud yang baik.. Itu memang wajib bagi nina & hubs.. Kalau boleh kitorang nak letak nama arab-arab sikit.. Tapi baru duk pilih.. Nak tahu nama baby apa ? Tunggu baby lahir dulu ye ;p
No comments:
Post a Comment