Saturday, November 8, 2014

Babysitter or nursery ??

Assalamualaikum

Now dalam mood mencari pengasuh untuk twins bila dah naik kerja nanti.. Serius sekarang pening nak mencari.. Pernah jugak terfikir nak cari baby sitter je ke or hantar nursery..

Serius takut nak hantar anak dekat pengasuh sekarang sebab dengar macam-macam cerita kan.. Risau betul... Dah la selama 9 bulan kita bawak dia and bertarung nyawa nak melahirkan tak kan nak tengok benda yang tak elok jadi dekat anak kita kan.. Mintak dijauhkan.. Pernah bercita-cita nak berhenti je kerja tapi hubs tak kasi.. Dia cakap kita susah senang sama-sama.. Mil penah offer nak jaga faiq dan ammara tapi hantar diorang dekat Perlis laa.. Weekend kitorang balik laa tengok faiq & ammara kan.. Tapi tak sanggup nak berpisah kot T__T Selama 8 hari duduk asing dekat hospital pun dah rasa sedih tambah lagi kalau sebulan just 2,3 kali balik tengok anak.. Tak sanggup.. So kena cari jugak pengasuh dekat faiq & ammara.. Kalau boleh nak cari babysitter or nursery yang dekat dengan office sebab kalau tertinggal apa-apa ke, nak hantar stock ebm ke, time lunch hour boleh pegi tengok diorang..

Babysitter

Erm kalau yang nih boleh jaga anak kita saja kan.. Tak ada banyak babies nak kena jaga so kita akan rasa anak kita selamat sikit.. Tapi agak susah nak mencari.. Kalau ada pun diorang letak mahal sangat almost rm600+ macam tu.. Anak kita nih twins so bayangkan lah kalau rm600 sebulan, kalau 2 orang ? Tak ke pening nak membayar ?? Ada jugak akak dekat area rumah offer nak jaga faiq & ammara nanti tapi dekat dia saja dah ada 5 babies.. Bawah 3 tahun pulak tu.. Mampu ke nak jaga dah la anak kita twins kan.. And still fully breastfeed.. Sempat ke nak panaskan ebm bila nangis nanti.. So kitorang hold dulu.. Ada sorang makcik nih dekat area rumah nina jugak dia nak jaga faiq & ammara.. Dia letak rm350 sorang.. Ok la tu kan harga standard je.. Tapi masalahnya kalau boleh dia nak kitorang kasi susu tepung masa hantar faiq & ammara masa dia mengasuh tu.. Then dia nak suruh kitorang ajar faiq & ammara tido buai.. Kitorang kalau boleh taknak ajar faiq & ammara tido buai dan kasi susu fm.. So kitorang memang dah tolak offer makcik nih awal-awal.. Then nak dijadikan cerita ada sorang akak nih baru pindah area rumah nina, dia ada tanya dah jumpa pengasuh belum.. Nina cakap belum.. Dia offer nak mengasuh.. Tapi sorang je dia nak mengasuh.. Sebab dia pun ada anak 2 orang.. Sorang 8 tahun, sorang lagi 4 tahun.. Tapi kitorang kalau boleh taknak lah kalau hantar sorang sini sorang sana.. Tapi hubs cakap takpe yang lagi sorang kita cari pengasuh lain.. Tapi akak nih macam tak berapa yakin cara dia jaga baby.. Tak tau laa tengok dulu camne..

Nursery

Nina cukup fobia bila nak hantar anak dekat nursery.. Sebab sekarang kan macam-macam kes.. Tapi kalau boleh mintak dijauhkan lah.. Hubs pun selalu pesan berdoa dan bertawakal kepada Allah.. InshaAllah takde apa-apa jadi.. Hopefully.. Yelah sape tak sayang anak sendiri kan.. Kalau nak hantar nursery kena cari yang betul-betul yakin.. Semoga dipermudahkan.. Btw, kalau boleh nak cari nursery yang tak ajar anak kita tido guna buai and boleh terima susu ebm.. Sebab ada setengah tak terima sebab susah time baby nangis nak panaskan lagi lah apa lah.. Then ajar tido buai sebab nak kasi tido lama.. Ermm kalau boleh taknak lah kan.. Dah ada dah 2 nursery pilihan.. 1 dekat dengan office nina tapi macam risau sikit dengan cara diorang jaga babies.. Yang kedua tu dekat dengan office hubs tak tau la ok ke tak.. Hubs cakap macam ok cara diorang jaga babies.. Erm nanti lah ajak hubs gi survey..

Serius sekarang pening tak tau nak cari baby sitter or nursery.. Bila kita dah jadi mak nih kan feel tu lain sikit.. Ada je rasa tak sedap hati tau.. Tapi cuba coolkan diri jugak.. Kalau dapat baby sitter or nursery yang mahal pun takpelah asalkan cara diorang jaga anak kita tu ok kan... Itu yang penting :) Ada sape yang nak jaga anak nina ? Boleh pm di fb.. Area shah alam.. Isnin-jumaat.. Hahahaha

No comments:

Post a Comment