Sunday, November 29, 2015

Checklist and planning twins turns 1

Assalamualaikum

Harini nak update checklist and planning untuk faiq and ammara turns 1.. Excited jugak nak update nih.. First time nak sambut birthday party anak sendiri.. Sebelum nih parent nina yang busy prepare macam-macam untuk sambut birthday nina now turn nina plak busy prepare macam-macam untuk sambut birthday faiq and ammara.. For sure bab-bab nih ibu je yang excited.. Papanya rileks je betul takk?  haha

Alhamdulillah banyak benda dah setel.. Tinggal sikit-sikit macam doorgift, candy buffet macam tu je tak setel lagi.. Yang lain alhamdulillah dah setel dah ;) A big thanks to hubs, my family and family in law cause banyak tolong and bagi pendapat untuk 1st birthday hero and heroin nina nih.. And tak lupa jugak kawan-kawan nina yang banyak suggest macam-macam sampai naik pening nina tengok sebab semua comel-comel! Haha.. Thank you so much!

Ohh haa checklist nih nina ambik dari blog irine.. Dia banyak share pasal checklist birthday nih

Checklist

1. Tema


Benda first yang kena pikir and buat of course tema! Senang nak tempah candy buffet, baju apa semua kan.. Okayh at first kitorang ingat nak buat tema cartoon - cartoon nih tapi bila fikir balik anak nina twins girl and boy plak tuh so terus kitorang decide buat tema plain color je.. Tapi taktau lah kalau tukar tema last minute kan haha.. But sekarang nih memang dah decide nak buat tema plain color.. Pink and blue .. Sesuai dengan genders twins.. Pink untuk ammara, blue untuk faiq yeay hehe 

2. Tarikh and masa 

InshaAllah kalau ikut planning kitorang ingat nak buat 5 December 2015 iaitu hari Sabtu nih..  Sabtu senang kan saudara mara semua nak datang sebab semua cuti.. Masa plak InshaAllah start pukul 3 petang sampai pukul 5 petang macam tuh.. Ingat nak buat malam tapi risau jugak takut budak-budak mengantuk awal kan.. Siang senang sikit budak-budak nak menjerit bagai kan hehe 

3. Menu 

Untuk menu nina dah berjaya tempah mee goreng , laksa , sate and mihun goreng... Hope makanan cukup lah.. Risau tetamu datang makanan habis huhu.. Btw menu nih mak mertua yang setelkan.. Dia yang tolong bagitau idea untuk menu and tolong tempah.. Alhamdulillah 

4. Decorations 


Belon , backdrop banner ,  alphabet banner 

5. Guest list 

Untuk guest list nih aina dah tetapkan jumlah tetamu yang akan nina invite untuk birthday party faiq and ammara.. Lebih kurang 250 orang macam tu je.. 250 orang tuh termasuk saudara mara , jiran and kawan-kawan nina and hubs  je.. 

6. Goodies 

Goodies nih nina ingat nak bagi stationery set je.. Sebab dah nama pun birthday party kan of course lebih kepada budak-budak.. Untuk parents pun ingat nak bagi jugak tapi tulah tengah pikir lagi nak bagi apa hehe 

7. Kad jemputan 

Kad jemputan nih tak penting pun.. Kang buat kad bagai mengalahkan wedding anak je kan.. Tapi disebabkan dah jadi trend birthday party pun ada kad bagai, maka si ibu pun excited nak buat kad jugak hehe.. Alaa kad nih buat sendiri je.. Design, print and then dah boleh bagi dekat kawan-kawan.. Nina buat 2.. Satu just invite kawan dekat fb and whatsapp lagi satu print and edarkan dekat kawan-kawan, saudara mara and jiran 

8. Birthday cake


Haaa bab nih ibu twins paling excited..  Dah banyak tempat nina survey tapi semua macam nina tak berkenan hehe.. Last sekali tanya kawan dekat fb cake birthday yang comel-comel ramai pulak yang suggest sampai naik pening nak decide hehe.. Tapi alhamdulillah dengan bantuan hubs dah selamat tempah cake untuk twins.. Tak sabar plak nak tengok cake tuh depan mata 

9. Candy buffet 


Ikutkan nak buat sendiri je candy buffet nih tapi takut tak sempat so ingat nak tempah je.. Dah survey dah and price pun not bad lah.. Emm anyone yang tau ig or fb mana yang buat service candy buffet area kota damansara ? Boleh comments dekat bawah yaa 

10. Cookies 


Tengok blog irine nadia pastu ternampak cookies bentuk botol susu bagai tuh terus excited nak buat macam tu jugak! Hahah.. Lagipun mat salleh banyak buat cookies macam tu kalau buat birthday party, baby shower and etc kan..  Cookies bentuk stroller , botol susu semua tu alhamdulillah dah tempah dah.. 

11. Photographer 

Wajib! Hehe... Untuk kenangan bila twins dah besar and untuk nina and hubs sendiri bila dah tua nanti.. Kitorang dah setel booked dari last weeks.. Kawan adik ipar hubs.. Tengok hasil gambar yang dia ambil pun cantik-cantik.. 

12. Baju 
Baju untuk faiq dah beli dah dekat mothercare haritu.. Baju ammara plak nina tempah.. Sebab nak sama dengan ibu hehe.. Nina cari kain yang material dia tak panas sebab kalau panas takut mood ammara tak ok.. Baju hubs plak beli dekat sogo je.. Sedondon kitorang nanti hehe.. 

Ok dah setel list untuk twins turns 1.. Hopefully semuanya berjalan lancar.. Ibu sooo excited! Nanti nina review pasal birthday party twins ok.. And inshaAllah kalau berkesempatan nina nak share story deliver twins haritu.. 

Friday, November 27, 2015

Happy Birthday Anak Ibu!

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog.. Bukan lupa password tapi takde masa nak taip.. Tau jelah bila dah ada anak masa kita memang terhad.. Banyak kita habiskan masa kita dengan anak-anak je.. Lagipun hubs dah pesan utama family dulu.. Anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.. Hope ibu dapat bagi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dekat anak-anak ibu..


Alhamdulillah 18 October 2015 haritu genap setahun umur anak-anak nina, Aisy Faiq and Khayla Ammara..
Rasa cepat je masa berlalu..Macam baru je lahirkan and besarkan diorang tuptup dah setahun.. Harini faiq and ammara dah setahun sebulan.. How time flies! Taknak taip panjang-panjang sebab tengah busy buat prepation untuk faiq and ammara turns 1.. Kitorang belum sempat buat birthday party.. Next weeks inshaAllah baru buat..  So kitorang laki bini busy sikit.. 

Btw to Faiq and Ammara ;

Happy birthday sayang! Dah besar dah anak-anak ibu.. Ibu tak pernah rasa terbeban jaga korang sebab korang memang anak yang baik.. Jarang meragam.. Kalau keluar jalan-jalan pun baik je takde nak nangis mengamuk bagai.. Malam-malam pun jaga 1,2 kali je tu pun nak menyusu.. Lepas bagi susu lentok tido balik.. Alhamdulillah.. Senang cite memang senang lah nak jaga korang dua nih.. Ibu happy sangat-sangat hadirnya kamu dua dalam hidup ibu.. Membesar jadi anak yang baik ye.. Banggakan ibu papa.. Ibu love u so much 

Ibu rasa rugi jugak sebab tak tulis pasal kamu dua dekat blog ibu.. Ibu korang kan pemalas! Hahah.. InshaAllah nanti ibu update eh.. Blog ibu banyak kisah throwback jelah hihi.. Ok lah ibu nak pegi sambung packing goodies bag untuk birthday party korang dua. Muah シ

Sunday, March 15, 2015

Apa yang ada dalam beg ibu ?

Assalamualaikum

Lamanya tak update entry kan.. Dasar pemalas haha.. Bila dah jadi mak-mak memang handbag penuh barang anak-anak je.. Diapers bag yang dapat hadiah berpantang tu tak bawak pun kalau keluar jalan-jalan.. Rimas 2,3 bag huhu.. Lagipun barang sendiri sikit je.. Yang banyak barang anak.. So mehh Nina nak update apa yang ada dalam handbag Nina

1. Headband baby Ammara - Yang nih wajib ada dalam handbag.. At least 2.. Senang nak match dengan baju yang Ammara pakai

2. Toys - Yang nih pun salah satu barang yang wajib ada dalam handbag.. Agak-agak twins dah nak meragam cepat-cepat keluarkan toys then bagi diorang main.. Kalau terlupa bawak toys memang susah jugak lah nak handle..

3. Susu - Yang nih palinggggg pentinggg walaupun boleh je nak direct feed twins tapi kalau dah terdesak or mall takde nursing room memang sumbat botol susu je dekat twins.. Tapi bukan susu tepung eh.. Susu ebm yang dah dipanaskan sebelum keluar jalan-jalan.. Bawak sebotol je sebab kalau ada nursing room memang direct feed je..

4. Towel - Yang nih sebagai backup if twins ada muntah susu or whatever..

5. Bib baby - Yang nih memang wajib bawak.. Senang nak bagi susu.. Twins pun taklah basah baju kan.. Kalau takde bibs susu meleleh kena baju huhu

6. Telephone Nina

7. Purse Nina

8. Kunci kereta , rumah

9. Lipstick , foundation

Okay tu je barang yang ada dalam handbag Nina bila keluar jalan-jalan.. See! Sikit je kan barang Nina huhu... Barang anak je yang banyak.. Takpe demi anakkan..

Friday, February 27, 2015

Aisy Faiq & Khayla Ammara :- 1 Months - 4 Months

Assalamualaikum

Haaa panjang tak tajuk entry nih ? Haha.. Btw nina tak pernah pun kan update progress ammara and faiq.. Huhu Rasa macam rugi sangat-sangat sebab tak update.. So harini nina akan update progress diorang okay.. Dari diorang 1 months sampai 4 months.. Tak salah kalau nak buat kenangan dalam blog nih kan.. Huhu

1 months

Faiq tak suka kena bedung.. Kalau bedung kemain muka merah.. Tapi bila tak bedung ok je mood dia.. Elok je.. Mengada betul laa faiq nih.. Hihi.. Ammara plak suka je bedung.. Rela je kena bedung kan.. 
Faiq and ammara nih cukup susah bila nak pakaikan baju.. Meraung macam kena pukul.. Dua-dua sama je perangai.. Puas berperang nak pakaikan baju dekat diorang.. Nasib pampers senang je pakai.. Huhu
Ammara tak suka duduk dalam baby coat.. Nak everytime ada tepi kita takpun duduk atas riba.. Sabar jelah ibu layan perangai ammara.. Huhu.. Faiq plak ok je duduk dalam babycoat.. Ammara je manja lebih
Faiq and ammara kuat menyusu.. Faiq setiap sejam akan bangun menyusu.. Ammara tiap 2  jam gitu baru bangun menyusu.. Ohh haa malam-malam 2,3 kali je faiq bangun nak menyusu.. Ammara tak menentu.. Kena ikut mood dia..
Faiq and ammara dah pandai senyum bila kita acah-acah diorang.. Faiq suka tido petang and malam.. Kiranya pagi dia berjaga lah.. Dalam pukul 5:30 tuh dah start ekk ekk.. Ammara plak suka tido siang.. Malam suka berjaga.. Start pukul 2 pagi dah start jaga.. Tido balik pukul 4 pagi macam tuh.. Nak borak and main ngan ibu papa..Sabar jelah ibu papa melayan ammara.. Papa dah mata panda pegi keja time nih.. Takpelah demi anakkan.. Huhu.. Dah mula practice bagi ammara and faiq duduk dalam carseat..  Nasib dua-dua nak je duduk dalam carseat kalau tak jenuh ibu.. Sebab next months dah nak start masuk keja balik.. Huhu
Berat faiq dah 4.2kg.. Alahaiii dah berat dah anak ibu nih.. Berat ammara plak dah 4kg.. Beza 2kg dengan faiq..

2 months

Faiq suka masukkan tangan dalam mulut.. Habis basah mittens tuh.. Tapi ammara tak plak.. Dia tak suka masukkan tangan dalam mulut..
Berat faiq dah 5.3kg dah.. Fuhh berat mkin naik.. Patut lenguh dah tangan ibu bila dukung awak faiq.. Nevermind, membesar dengan sihat ya.. Berat ammara plak dah 4.9kg.. Alahai jauh bezanya berat ammara dengan faiq.. Risau jugak berat bape kg je.. Terpikir jugak normal ke.. Takpe ke.. Haishh macam-macam lah duk pikir.. Maybe sebab faiq kerap menyusu. Setiap sejam kan.. Ammara nih tak sangat..
Time nih dah start masuk keja balik dah.. Actually masuk time umur faiq and ammara tak sampai sebulan lagi sebab ada hal nak setel.. So masuk awal sikit.. Serius baru tau macam mana perasaan mak-mak yang nak naik keja balik after deliver baby.. Perasaan tuh sedih je.. Buat keja pun teringat dekat anak.. Huhu

3 months

Suka senyum.. Hihi Somell sangat..  Senyum bukan biasa-biasa tapi senyum bukan main lebar lagi ...Sampai ke telinga diorang punya senyum.. Alahai comel je tau perangai dua beradik nih.. Ibu plak tak sabar nak tunggu faiq and ammara pandai berjalan..  Kekadang kan sebelum pegi keja diorang senyum-senyum terus buat ibu tak sanggup nak berpisah nak pegi keja.. Huhu..
Berat faiq dah 6.7kg dah.. Berat ammara plak alhamdulillah makin naik.. Berat ammara dah 5.9kg.. Nina keep breastfeed ammara tu yang berat makin naik..Alhamdulillah
Faiq and ammara dah pandai nak bersembang dah.. Cakap apa pun ibu taktau tapi ibu layan je.. Seronok tengok progress anak depan mata.. Allah.. Rasa macam dah lengkap hidup nih.. Terima kasih ya Allah atas anugerah yang kau pinjamkan ini..  Bangun pagi je sebelum hantar babysitter dah mula cakap dah.. Takdelah cakap macam kita kan.. Diorang cakap bahasa baby lah.. Hihi
Suka tarik tudung.. Sabar jelah.. Dua-dua sama je perangai.. Takleh tengok ibu pakai cantik sikit mulalah nak tarik.. Sekarang banyak pakai instant shawl je.. Lilit-lilit nih dah tak sempat.. Anak dah dua kan kenalah faham.. Huhu.. Pastu sekarang dah tak boleh bergaya dah.. Keluar pun simple je.. Make up pun kekadang dah tak pakai.. Memang mak-mak sangat sekarang
Ammara taknak duduk dekat babysitter.. Banyak kali babysitter call ammara nangis.. Bagi susu pun taknak.. Terpaksa ibu ambik cuti 3 hari sebab nak ok kan balik mood ammara.. Faiq alhamdulillah ok je duduk dengan babysitter... Goodboy sayang

4 months

Berat faiq dah 7.5kg dah.. Wow makin berat ye faiq.. Berat ammara plak dah 7.2kg dah.. Ok lah tu kan.. Faiq dah boleh meniarap sendiri.. Habis laa pasni ibu kena rajin mop lantai.. Huhu.. Ammara still takleh meniarap lagi.. Sokay take ur time sayang.. Tapi tanda-tanda nak meniarap tuh dah ada.. Faiq and ammara dah boleh pegang mainan sendiri.. Sekarang kalau keluar shopping ibu asyik borong soft toys jelah untuk faiq and ammara.. Barang ibu tolak tepi.. Mak - mak sangat sekarang kan.. Huhu.. Ammara dah pandai memilih orang.. Kalau nampak papa terus nak pegi kat papa.. Kalau pegi kenduri kalau orang nak dukung kena main-main , bagi dia gelak dulu baru nak kat orang tu.. Perangai sangat.. Faiq plak semua orang dia nak.. Sampaikan kat sorang perempuan india nak dukung pun dia nak.. Yang ni terlebih bahaya plak.. Macam-macam anak ibu nih.. Huhu ..

So nih jelah progress diorang.. Seronok tengok anak membesar depan mata walaupun ibu kena keja kan.. Huhu.. Semoga membesar dengan sihat ya Ammara and Faiq. Love u so much ♥ Tunggu progress diorang yang 5months plak okay dalam blog.. Bye

Monday, February 23, 2015

Saya Mak Orang !

Assalamualaikum

Now bila pegi office kalau ada guest ke whatever lah sure akan ada yang datang tanya " u dah ada boyfriend ke ? " Aduhh , terasa macam apahal dia tanya macam tuh.. Sampai boleh rasa naik seram.. Huhu.. Bila jawab " Sorry, I'm married " Terus muka yang tanya tuh macam terkejut berokkk sangat-sangat-sangat.. Terus dia jawab " Oh really ? " Dalam hati nih " Elehh ingat aku nak tipu kau lah tuh.. Takda faedah nak tipu " Haha terus dengan muka tenangnya jawab " Yes, And I mom of 2 children " Terus muka terkejut lagi and " Sorry I tak tahu.. Serius dah ada 2 orang anak ? Tapi asal muka U macam umur 19 eh ? Umur U berapa ? "  Dalam hati nih kembang kempis idung sebab orang cakap muka macam 19 tahun.. Wahaha :p Terus cakap " Its okay, yes I mak orang.. Dah ada anak dua dah pun.. Umur I 25 tahun dah you.. " Muka orang tuh macam biasa still terkejut and said " Oh okay sorry " And blah macam tu je.. Hadoiii.. Memang nowadays ramai sangat cakap muka nina tak macam mak orang pun.. Ada setengah siap cakap nina tipu.. Adui takde faedah nak tipu korang

Nih cerita bulan lepas masa survey stroller ammara and faiq.. Time nih dekat Kedah..
Masa tengah survey stroller tetiba faiq mengamuk .. Terus bawak dia jalan-jalan jap.. And time tuh ada sorang makcik nih datang tegur..

Makcik :- Comelnya nama apa nih adik ? * sambil pegang pipi faiq *

Nina :- Hehe Alhamdulillah.. Nama budak tembam nih Aisy Faiq makcik

Makcik :- Sedapnya nama dia.. Anak menakan adik ke nih ? Mak dia mana  ?

Nina :- Eh taklah makcik.. Nih anak saya * sambil senyum *

Makcik :- Laa yaka ? Makcik ingat anak menakan adik

Nina :- * senyum *

Makcik :- Adik umur berapa ?

Nina :- Dah nak masuk 25 tahun dah makcik.. Tua dah * sambil sengeh *

Makcik :- Laa muka tak macam mak orang pun.. Makcik ingat duk belajaq lagi..

Nina :- Haha saya anak dua dah makcik

Makcik :- La yaka ? Anak dua ? Yang sulung umur bapa ? Adik kawen umuq bapa ?

Nina :- Yang sulung yang nilah makcik.. 4 bulan.. Kembar makcik.. Kawen umur 23 tahun

Makcik :- Oh kembaq.. Sorang lagi mana ? Kawen muda la nih noh

Nina :- Ada dekat papa dia.. Bahagian stroller.. Tadi Faiq buat perangai.. Tu yang bawak jalan sini kejap

Makcik :- Takpalah makcik nakpi cari barang dapuq sat.. Satgi anak makcik cari plak.. Tapi muka adik tak macam mak orang pun

Nina :- Haha tapi tulah mak 2 orang anak dah

Nih baru makcik nih.. Ada lagi yang tak percaya nina nih mak orang.. Tambah kalau keluar beli barang dapur sorang-sorang tak bawak faiq n ammara n hubs tak ikut.. Lagi lah.. Apa yang penting SAYA MAK ORANG !

Wednesday, February 18, 2015

Sepanjang 4 bulan

Assalamualaikum

Harini nak update pasal berat badan..  Especially yang tengah mengandung dan baru lepas bersalin..  Before bersalin selalu jugak nina google pasal cara nak kurus balik after deliver..  Nina lagi risau sebab berat naik mendadak time preggy..  Tambah plak nina pregnant twins kan..  Huhu..
Alhamdulillah selama 5 bulan nih dah dapat tengok berat badan turun.. Cuma kena usaha lagi supaya dapat berat badan idaman.. Yeahh chaiyokkk!

Actually nina tak makan apa-apa product pun..  Maybe sebab breastfeed twins, jaga twins and pantang betul-betul time berpantang haritu kan.. Tu yang berat turun tuh..  Cuma taktau sampai bila boleh bertahan..  Takut makin lama berat makin naik..  Huhu.. Btw, berat asal nina sebelum pregnant 57kg je tau.. Pastu time pregnant Malu lahhhh TT Okay time pregnant berat nina 78kg.. Gila gemokk lah.. Alalala. Twins kan.. Apa adahal..Hahaha

Sebulan - Time nih baru 31 hari macam tuh.. Berat nina time checkup twins sebulan 68kg wehh..  Terkejut jugak turun sampai 10kg time berpantang.. Sebulan je kot boleh turun sampai 10kg.. Terkejut jugak.. Ramai kawan-kawan tanya  petua berat badan turun.. Tapi tulah tak ada petua apa-apa pun.. Just pantang betul-betul je.. Kalau bab makan nih sama je macam orang yang berpantang.. Nasi takleh tambah dah kan.. Pastu biskut empat segi cicah air milo.. Tu je.. Maybe jugak sebab twins dulu kerap kena ulang alik pegi hospital tu yang berat banyak turun kan..  Pastu twins kerap meragam.. Penat jaga twins sama kot.. Hehehe.. One more, maybe sebab breastfeed baby kan.. Tapi time nih still nak turunkan lagi berat sebab nak dapat berat idaman

2 bulan : - Berat nina 64kg time nih.. Ada kawan-kawan tanya nina diet ke.. Kalau breastfeed tak payah diet kan.. Nina terus jawab tak diet pun.. Makan je kalau lapar " Terus dioranh semua pelik asal berat boleh turun 4kg dalam masa sebulan.. Then masa check up sebulan berat boleh turun sampai 4kg.. Terus macam entah aku pun  tak tau.. Maybe penat jaga anak kot.. Haha

3 bulan :- Check up 3 bulan plak berat nina 59kg.. Haha Terasa bangga sebab nak sampai berat asal.. Yelah bila dah ada anak nih kena lah jaga badan sama kan.. Tambah-tambah ibu dua orang anak kan.. Baju kurung yang sebelum pregnant tuh still tak boleh pakai lagi.. Boleh tuh boleh cuma sesak nafas sikit.. Hahah.. Blouse lama-lama tuh alhamdulillah dah muat balik dah.. Tapi tulah sekarang memang takleh bergaya dah bila keluar jalan.. Huhu.. Tak sempat oii dengan anak merengek bagai

4 bulan :- Alhamdulillah semalam genap 4 bulan cahaya mata kitorang.. Kejap je kan masa sekarang.. Check up semalam berat nina 56kg.. Wow! Berat asal 57kg.. Yeahh .. Hopefully dapat berat idaman 45kg.. Ramai sangat mintak tips turunkan berat badan tapi tulah takde tips langsung.. Nina tak diet pun.. Nina makan je kalau lapar.. Huhu

Entry kali nih bukan nak riak or whatever tapi sebagai kenangan.. Ingat senang ke nak turunkan berat badan hah ? Nak naikkan memang senang tapi nak turun tu yang seksa tuh.. Huhu.. Apapun takpe, yang penting kita sihat kan


Friday, January 16, 2015

Rocker or bouncer ?

Assalamualaikum

Dua hari lepas babysitter faiq mintak rocker.. Sebab faiq nak tido berhenjut je.. So babysitter try letak faiq dalam rocker anak dia.. Tetiba lama pulak faiq tido.. Kalau jaga pun diam je dia dalam rocker tuh.. Sebab tu lah babysitter faiq suruh bawak rocker..

Kitorang bukan takde rocker tapi rocker tuh dah hantar dekat rumah babysitter ammara dah.. Lagipun rocker just ada satu je kan.. Tu pun mil yang hadiahkan.. Now kenalah beli lagi satu kan.. Terfikir balik takkan lah nak beli rocker lagi kot.. Rocker pun rm180 weh.. Kalau walk in lagi mahal.. Almost rm200 lebih.. So semalam lepas balik keja makan, mandi, solat then ajak hubs keluar pegi survey dekat jusco, jusco kan ada banyak kedai baby.. Rocker yang paling murah rm155..




Tapi color hijau.. Hubs okay je kalau nak beli yang color hijau nih.. Cuma nina je pelik sikit.. Kalau boleh nak beli yang design lain plak.. Hoho




Pastu survey lagi tengok pulak yang sebiji sama macam yang mil hadiahkan dekat twins.. Harga rm170.. Yang mil beli haritu rm180.. So murah rm10.. Tapi macam boring je kalau dua -dua sama kan..




Tengok swing plak.. Harga rm368.. Gila mahal.. Tapi comey kot.. Dah brrkenan dah dengan swing nih..Haha.. Hubs pun okay je.. Dia cakap nak ambik je.. Ikutkan memang nak je sebab nina takpayah keluarkan satu sen pun tapi bila pikir rm368 tu beli benda lain pun dah okay.. Kalau aku simpan dalam tabung pun okay..Jadi ibu anak dua ni kena lah pandai jimat yea.. Hihi





Last tengok bouncer je dekat faiq.. Kedai first rm129.. Kedai second rm89 je weh.. Kedai last sekali rm139.. Padahal design sama je..Memang tak rugi pun hold dulu untuk survey.. Tapi tak beli lagi.. Baru survey.. Tak tau nak beli rocker or bouncer.. Lagipun sama je boleh vibrate..

Korang rasa patut beli bouncer or rocker ? Serious pening.. Nih baru anak dua orang.. Macam mana kalau nanti anak dah 5,6 orang kan.. Mau terkangkang pening pikir kan..Huhu..Oh haa better survey dulu sebelum beli apa -apa eh.. Sebab survey nih penting tau supaya kita tak menyesal kemudian hari

Friday, January 9, 2015

Mandikan Aisy dan Ammara

Assalamualaikum

Dari dulu lagi nina memang tak berani nak pegang baby newborn.. Rasa kekok gila.. Lagipun diorang still lembut kan rasa risau nak pegang.. Berani pegang pun bila baby tuh dah sebulan lebih.. Agak-agak dah bambam sikit kan.. hihi.. Tapi bila anak sendiri takkan tak pegang kot ? Takkan nak tunggu anak sebulan lebih kot ? So kena jugak belajar pegang.. Sama jugak time nak mandikan baby.. Sekarang twins dah nak masuk 3 bulan baru rasa berani nak mandikan.. Kalau tak hubs and my mom jelah yang tolong mandikan twins..  Nak buat macam mana ibu penakut ;p Now baru berani sikit

Kalau cara mil mandikan baby,  mil suka pangku baby.. Pastu bila bangun habis basah baju.. Kiranya macam mandikan diri sendiri lah jugak... Huhu.. Kalau cara my mom plak suka pegang baby and rendamkan baby dalam bath tub or sink.. Kalau hubs plak ikut suka dia je.. hihi.. Btw nina jarang mandikan twins guna sabun mandi.. Seminggu sekali je sebab twins sensitive sikit dengan sabun semua.. So jarang mandikan diorang dengan sabun bagai.. At least seminggu sekali je..
Nih barang basic yang selalu nina guna masa mandikan twins..

Azam 2015

Assalamualaikum

Happy New Years!!  Alalala,  macam dah lewat sangat kan nak wish pun..  Nevermind..  Ihiks ;p Dah lama tak update kan.. Masa tak berapa nak ada.. Asyik berkepit aje dengan twins.. Harini baru ada masa and nina nak update azam 2015.. Setiap orang kan mesti kena ada azam untuk tahun baru.. Nina pun nak jugak..  Hihi

- Nak jadi isteri solehah Yes kalau boleh nak jadi isteri yang taat pada suami.. InshaAllah nina akan perbaiki apa yang kurang.. Semoga tercapai hasrat baik nih

- Nak susukan twins at least 2 tahun.. Tapi kalau ada rezeki sampai umur 3,4 tahun pun alhamdulillah.. Sebab kitorang planning nak ada baby lagi after umur ammara and faiq 3 or 4 tahun.. InshaAllah

- Nak jadi ibu terbaik buat anak-anak..  InshaAllah nina akan cuba sedaya upaya untuk jadi ibu terbaik dekat twins.. 

- Nak jadi anak dan menantu yang baik.. InshaAllah..

- Nak belajar masak.. Hahaha..  Selalu sangat hubs makan benda yang sama and asyik makan luar.. Apa kata tahun baru nina masak yang lain plak.. Hahaha

- Nak renovated rumah.. Maybe hujung tahun sikit kot sebab sekarang kitorang baru nak start menabung.. Ngehngeh

- Nak tukar kereta baru .. Bukan nak menunjuk tapi just my azam.. Now kitorang ada 2 kereta je..  Kereta hubs vios je.. Kereta nina plak just myvi je.. Target nak tukar honda or exora plak.. Ngeee

- Nak rajin update blog..  Haaa hopefully rajin lah nina update blog lepas nih..  InshaAllah..

Monday, December 8, 2014

Barang-barang untuk babysitter

Assalamualaikum

Harini dah start masuk kerja balik dah after deliver.. Mesti pelik kenapa masuk kerja awal sangat kan padahal twins belum 2 bulan lagi.. Sebab nina ada kerja yang nak kena setel tu yang masuk awal sikit tuh.. Huhu.. Nanti lah nina story pasal 1st time masuk kerja balik after cuti berpantang, pasal babysitter ammara & faiq dan banyak lagi.. Hehe.. Oh sorry kalau tajuk tuh macam poyo.. Tak tau nak letak tajuk apa.. Hiks :p

Now nak update pasal barang-barang baby yang nina bawak pegi hantar dekat babysitter twins.. Hopefully membantu sedikit sebanyak okk! Nih pun just copy dari blog mommies.. Hehe

Actually babysitter ammara pun ada sediakan benda basic like bedak, minyak semua tuh sebab babysitter ammara pun ada jaga a few babies.. So memang awal-awal babysitter ammara dah bagitau nina but nina lebih prefer if babysitter ammara guna barang-barang ammara sendiri.. Yerr ibu awak nih agak cerewet ammara.. Babysitter faiq pun ada cakap just bawak barang basic-basic je.. Oh haa btw pengasuh ammara and faiq tak sekali ye.. Sebab babysitter faiq just nak jaga sorang je.. Huhu.. So nih jelah yang berjaya nina sumbat dalam diapers bag ammara and faiq..

Bedak :- Nina memang jarang pakaikan bedak dekat ammara and faiq sebab nina lebih suka bau asli ammara and faiq.. Hihi.. Tapi takpelah bawak jugak..

Towel :- Towel everyweeks nina plan nak tukar.. Sebab nina dah beli satu bundle dah towel dekat ammara & faiq.. So everyweeks nina akan basuh towel yang dah guna akan bagi towel yang baru.. Kebersihan tu penting okayyy

Minyak Angin :- Ammara memang always kembung perut.. Then merengek nak orang peluk sentiasa.. So nina dah preapare awal-awal minyak telon for ammara.. Lagipun  awal-awal lagi nina dah pesan dekat babysitter ammara jangan lupa sapu minyak angin after mandikan ammara.. Faiq plak jarang nak kembung perut tapi takpelah bawak jugak spare..

Shower Gel :- Tak bawak pun sokay tapi takpelah bawak jugak kan.. Mana tau incase babysitter takde shower gel ke.. Kehkehkeh

Pampers :- Sehari ada la dalam 4 kali ammara and faiq tukar pampers.. Untuk babysitter nih nina letak 6 keping terus.. Takut jugak kalau bocor ke apa kan.. If tak guna takpe boleh pakai lagi untuk next day kan..

Losyen Badan :- Walaupun babysitter ammara dah ada nevermind nina tetap sumbat jugak dalam beg ammara.. Nina lebih suka kalau semua benda pakai barang kita sendiri.. Nina tak suka kongsi.. Huhu.. Untuk faiq pun nina bawak jugak..

Blanket

Bantal Kepala :- Senang ammara and faiq nak tido kalau guna barang sendiri kan... Lebih selamat gitu.. Haha ampun ibu ammara and faiq memang over sikit :p Emm bantal nih lebih kepada bantal karipap je.. Hiks :p

Botol Susu :- Start malam lagi nina dah basuh sesiap botol-botol twins.. Yelah pagi tu taklah sibuk kan..

Susu Ebm :- Ebm pagi-pagi baru nina panaskan.. Ebm nina just bawak 6 botol je dulu.. Nanti boleh simpan balikkan.. Huhu..

Toys

Baju Harian :- Dekat ammara and faiq nina just bawak 3 pasang je.. Sebab pagi-pagi babysitter diorang yang akan mandikan.. Pastu sebelum nina and hubs ambik diorang pun babysitter mandikan.. Lebih pada 2 pasang je baju.. Tapi takpelah mana tau kot muntah ke kan..

Changing Mat :- Senang kalau faiq and ammara nak baring-baring.. Hiks ;p Senang kalau babysitter nak guna lepas mandi kan.. Senang jugak kalau diorang nak lepak-lepak depan tv.. Huhu

So tu jelah yang nina bawak untuk ammara and faiq.. So far semuanya ok.. Babysitter pun alhamdulillah okay lagi..

Nih lah diapers bag faiq.. Tapi faiq punya color biru.. Alhamdulillah diapers bag nih dapat hadiah masa dalam pantang.. Thanks kawan maktok sebab bagi dekat baby :) Nih pulak diapers bag ammara.. Dapat hadiah jugak masa dalam pantang.. Nih kawan nina yang kasi.. Alhamdulillah thanks kak shima sebab bagi beg nih dekat baby.. :)

Friday, December 5, 2014

9.11.2013-9.11.2014

Assalamualaikum

Boleh pulak lupa nak publish entry nih.. Tu lah bila dah bersalin urat pun dah banyak putus tu yang kerja lupa je tu.. Hahaha.. Malas laa nak ubah date.. Lantak laa.. Haha

Update entry ringkas jelah.. Janji update kan..
Alhamdulillah harini genap setahun kitorang kawen.. Tak sangka kejap sangat.. Rasanya macam baru semalam kitorang bergelar suami isteri.. Kejap je rasa kan :') Alhamdulillah genap je setahun kitorang kawen, genaplah jugak harini cahaya mata kitorang umur 23 hari.. Biasalah bila dah kawen bergaduh tu memang ada lah.. Pengalaman manis tu memang ada lah.. Memang takkan lupa semua tu.. Kejap je dah genap setahun dan kejap je masa kan nina dah jadi ibu.. Cantik sangat perancangan Allah tuh :') Alhamdulillah

To husband :-

Thanks for make me happy.. Hopefully family kita akan bahagia till jannah.. Thanks sebab jadi seorang suami yang baik, bertanggungjawab, rajin dan lain-lain.. Thanks sebab jadi papa yang baik kepada Aisy Faiq & Khayla Ammara... Thanks sebab jaga ibu, teman ibu masa nak deliver, tolong jaga ibu dan twins masa dalam pantang dan tolong jaga ibu dan twins buat selama-lamanya.. Thanks sebab tolong basuh berak twins :p Banyak lagi nak list untuk wish thankyou tapi nanti kang ada orang muntah pulakk

Cukup la kot setakat nih.. Orang dalam pantang tak boleh hadap fon sangat sebab takut cepat rabun.. Cukuplah sebagai kenangan.. Nanti kita celebrate okey.. Now ibu dalam pantang susah nak keluar makan-makan.. Hihihi

Tuesday, December 2, 2014

Alhamdulillah.. Thank you Kak Ira

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah setel 44 hari berpantang.. Syukur alhamdulillah.. Oh entry pasal checkup 1 months tak update lagi eh ? Ok takpe next entry lah erk nina up entry pasal checkup 1 months..

Btw, rezeki berpantang, twins dapat banyak sangattttt hadiah.. Hadiah masa berpantang dekat shah alam pun banyak, dekat kedah pun banyak, berpantang dekat perlis pun banyak... Alhamdulillah rezeki twins kan.. Duit pun banyak twins dapat.. Alhamdulillah.. Cuma ada satu hadiah ni yang buatkan nina terharu T_____T Memang terharu sangat

Yes, kak angkat nina masa sekolah menengah ada datang melawat nina.. Dari kedah weh sanggup datang perlis semata-mata nak melawat nina and baby.. Tak ke kau terharu ? Datang siap buat suprise lagi kot.. Alhamdulillah.. :')
Dia datang bawak hadiah dekat twins.. Tapi rasanya hadiah tu lebih pada ibu je ? Hihihi.. Dia datang melawat and kasi hadiah breastpump snow bear!! Allah! Terharu sangat.. Syukur Alhamdulillah.. Thanks Kak Ira.. Memang terharu sangatx33.. Alhamdulilah rezeki twins kot kan banyak sangat dapat hadiah.. Nampak sangat kak ira nak support nina untuk breastfeeding baby kan.. Hihihi..

InshaAllah pasni nina akan update hadiah-hadiah yang twins dapat.. Bukan nak menunjuk cuma nak berterima kasih dekat yang sudi memberi hadiah dekat twins.. Yang bagi duit pun terima kasih banyak-banyak.. Ibu yang over excited bila anak dapat hadiah.. Hiks ;p

Friday, November 28, 2014

43 hari berpantang..

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah genap 43 hari berpantang harini and 43 hari umur Faiq & Ammara.. Cepat pulak rasa diorang membesar kan.. Tak sabar dah nak habis pantang nih.. Nak bawak diorang jalan-jalan.. Sabar ibu sabar.. Lagi sehari je lagi.. InshaAllah kitorang plan nak balik Shah Alam balik 6 disember nih.. Time tu genap umur twins 50 hari.. Masuk kerja balik InshaAllah 8 disember.. Erm malas betul nak masuk office balik.. Babysitter Alhamdulillah dah dapat.. Nanti ada masa kita story pasal babysitter k ?

Selama 43 hari berpantang, bukan senang okay... Banyak pantang larangnya tapi nina tak ikut sangat pun.. Kehkehkeh.. Haritu masa baby 2 minggu lebih balik Kedah pantang sana.. Then baby 3 minggu lebih pantang Perlis pulak.. Nasib dekat-dekat kan.. Nanti balik Shah Alam pulok.. Jauh weh jauh T__T
Sepanjang 43 hari berpantang, nina rasa bosan ya ampunn.. Walaupun orang cakap tengok muka baby tak bosan tapi takkan anytime kau nak tengok muka anak kan.. Jadi bosan sebab nina suka berjalan, bila berpantang asyik terperap dalam rumah jadi macam orang tak tentu arah.. Haha.. Buka astro channel ni, channel tu.. Tapi dalam pantang la kot duit banyak habis.. Hihihi.. Sebab dalam pantang kan tak buat apa asyik online, bila dah jadi mak-mak ni sure nak follow igshop jual baby stuff je kan.. Tangan nih pun selamber pegi add to card. Wahaha :p Setiap minggu sure barang akan sampai 2,3.. Sampai posmen pun kenal dah la.. Mom in law dah bising cakap membazir.. Sorry ibu :'p

Alhamdulillah Ammara & Faiq pun dah pandai senyum.. Kekadang acah-acah sikit dia punya senyum meleret.. Allah.. Tak sabar ibu nak tengok progress kamu dua yang lain-lain.. Hopefully kamu dua membesar dengan sihat & bijak ya..

Alhamdulillah dapat susukan Faiq & Ammara sampai sekarang.. Hope susu banyak sampai diorang umur 2 tahun.. InshaAllah... Amin.. Cuma masa diorang lahir je diorang dah terminum susu FM dalam 6oz macam tu.. Takpelah taknak ingat dah pasal tu.. Apa yang penting sekarang dapat susukan diorang dengan susu badan sendiri :')
Stock susu pun dah mula kumpul sebab dah nak masuk kerja balik dah kan lagi berapa minggu... Kekadang bagi jugak stock ebm tu kalau dah dua-dua merengek nak susu.. Setiap hari tak penah miss pump susu dekat diorang.. Alhamdulillah.. Bila tengok stock ebm yang ada bertambah semangat nak bf diorang

Buat Aisy Faiq & Khayla Ammara bila dah besar nanti :-

Ibu sayang Faiq & Ammara sangat-sangat.. Korang adalah nyawa ibu.. Dah takde yang bernilai lagi dah selain korang.. Ibu sayang korang sampai hujung nyawa ibu.. Ibu janji akan cuba jadi ibu yang terbaik buat korang.. Semoga korang mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu papa

Yes, sape cakap sakit bersalin tak sakit ?Walaupun ada setengah cakap bersalin operate tak sakit, heyyyyy bersalin operate lagi double sakit yaa! Tapi takpe takde rezeki untuk nina bersalin normal.. Maybe next baby ? Kita taktau perancangan Allah tu kan.. Tapi percayalah Allah sebaik baik perancang :) Masa awal-awal ibu tak kuat sebab dengan kamu nangis nak susu, jaga tengah malam, meragam, sakit bersalin kena jahit semua tapi ibu kuat bila tatap wajah kamu dua.. Cuma satu ibu nak pesan, jangan lupa ibu papa bila dah besar.. Ingat pengorbanan ibu papa.. Ibu papa nak kamu dua tahu yang ibu papa sayang sangat-sangat dekat kamu dua.. I love you untill my last breath

Saturday, November 8, 2014

Botol susu untuk twins

Assalamualaikum

Curi-curi update masa twins tengah tido.. Baru dapat rehat bila twins tido.. Baby faiq tak berapa nak berjaga sangat.. Habis sangat nak menyusu je pastu lentok tido balik.. Tengah malam pun habis sangat 2,3 kali je bangun berjaga nak susu.. Tapi baby ammara ya Allah, kerap sangat bangun menyusu, ajak borak, main.. Tambah tengah malam.. 3,4 kali dia bangun ajak main.. Kekadang siap cakap yang " Ibu nak tido pulak ammara.. Ibu tak rehat lagi nih "

Btw, masa ammara 2 hari lagi nina dah ajar minum susu guna botol tapi still ebm lah.. Sebab ammara tak boleh stay sekali dengan nina masa dekat ward.. Nasib ammara tak memilih.. Dia terima je botol apa pun yang nina sumbat.. Kehkehkeh :p Memula taknak lagi kasi botol dekat dia sebab kecik lagi tapi nak buat macam mana kan, terpaksa.. Nasib breastpump pun dah beli awal-awal.. So try pump then try bagi dekat ammara.. Memula risau takut ammara taknak, pastu selawat banyak-banyak then ammara terima je.. Tapi nina still direet feed ammara jugak.. Kekadang je kasi botol.. Ammara guna botol tommee tippeee




Alhamdulillah Ammara nak je terima botol nih.. Ada jugak 2,3 hari tak kasi botol dekat Ammara, Ammara ok je bila hari seterusnya kasi botol dekat dia.. Ammara pun tak confuse time nak df.. Alhamdulillah Ammara sangat ok masa nak kasi dia botol.. Masa kena tahan dekat ward selama 8 hari pun senang nak kasi dia botol sebab dia duduk asing kan.. So sama ada nurse datang mintak botol or nurse datang kasi Ammara dekat nina.. Time Faiq nangis nak susu pun senang sebab nina panggil nurse cakap nak df Faiq and nurse tolong bagi susu dekat Ammara.. Bagi botol and nurse riba Ammara nak sumbat botol.. Hehehe.. Nurse dekat situ pun banyak yang membantu.. Alhamdulillah thanks :')

Faiq pulak pelik sikit.. Dia taknak botol tommee tippee.. Kan kitorang beli yang twins bottle punya.. At first dia terima then tak bagi dalam 2,3 hari terus dia tolak guna lidah.. Sedih! Terus lah tanya pendapat mommies kan bila anak tolak botol yang kita kasi.. Paling sedih bila tengok ebm yang ada dalam botol tu.. Sedih T_T

Bila tanya pendapat mommies ramai yang suruh tukar puting botol tu.. Beli yang color kuning tu pulak.. Tapi apakan daya tommee tippee mana boleh tukar puting melainkan beli botol lain.. Hurmm.. So ada ramai jugak mommies cadang beli pigeon try kasi pigeon pulak.. Nina tak berapa nak suka pigeon sebab corak dia plain je kan.. Tapi takpelah demi anak tersayang, ibu sanggup berkorban T__T Harga dia boleh tahan lah jugakk . Ibu dah agak mesti salah sorang tak suka tommee tippeee.. Hurm ibu redha :) Botol tu nanti ibu kasi dekat Ammara je..




Ok tu laa botol pujaan hati Faiq.. Walaupun plain je kan corak dia takpe la ibu sanggup berkorban.. Tak faham kenapa Faiq taknak botol tommee tippee tapi Ammara nak.. Takpe la buat macam mana kan.. Janji anak-anak ibu dapat susu yang secukupnya dan kenyang tu pun dah cukup.. Hehehe...

Ok bye nampak macam Ammara duk menjeling ibu dia je.. Hamboii marah kat ibu ke ? Haha.. Now ada dekat kg berpantang dekat sini pulak :')))

Babysitter or nursery ??

Assalamualaikum

Now dalam mood mencari pengasuh untuk twins bila dah naik kerja nanti.. Serius sekarang pening nak mencari.. Pernah jugak terfikir nak cari baby sitter je ke or hantar nursery..

Serius takut nak hantar anak dekat pengasuh sekarang sebab dengar macam-macam cerita kan.. Risau betul... Dah la selama 9 bulan kita bawak dia and bertarung nyawa nak melahirkan tak kan nak tengok benda yang tak elok jadi dekat anak kita kan.. Mintak dijauhkan.. Pernah bercita-cita nak berhenti je kerja tapi hubs tak kasi.. Dia cakap kita susah senang sama-sama.. Mil penah offer nak jaga faiq dan ammara tapi hantar diorang dekat Perlis laa.. Weekend kitorang balik laa tengok faiq & ammara kan.. Tapi tak sanggup nak berpisah kot T__T Selama 8 hari duduk asing dekat hospital pun dah rasa sedih tambah lagi kalau sebulan just 2,3 kali balik tengok anak.. Tak sanggup.. So kena cari jugak pengasuh dekat faiq & ammara.. Kalau boleh nak cari babysitter or nursery yang dekat dengan office sebab kalau tertinggal apa-apa ke, nak hantar stock ebm ke, time lunch hour boleh pegi tengok diorang..

Babysitter

Erm kalau yang nih boleh jaga anak kita saja kan.. Tak ada banyak babies nak kena jaga so kita akan rasa anak kita selamat sikit.. Tapi agak susah nak mencari.. Kalau ada pun diorang letak mahal sangat almost rm600+ macam tu.. Anak kita nih twins so bayangkan lah kalau rm600 sebulan, kalau 2 orang ? Tak ke pening nak membayar ?? Ada jugak akak dekat area rumah offer nak jaga faiq & ammara nanti tapi dekat dia saja dah ada 5 babies.. Bawah 3 tahun pulak tu.. Mampu ke nak jaga dah la anak kita twins kan.. And still fully breastfeed.. Sempat ke nak panaskan ebm bila nangis nanti.. So kitorang hold dulu.. Ada sorang makcik nih dekat area rumah nina jugak dia nak jaga faiq & ammara.. Dia letak rm350 sorang.. Ok la tu kan harga standard je.. Tapi masalahnya kalau boleh dia nak kitorang kasi susu tepung masa hantar faiq & ammara masa dia mengasuh tu.. Then dia nak suruh kitorang ajar faiq & ammara tido buai.. Kitorang kalau boleh taknak ajar faiq & ammara tido buai dan kasi susu fm.. So kitorang memang dah tolak offer makcik nih awal-awal.. Then nak dijadikan cerita ada sorang akak nih baru pindah area rumah nina, dia ada tanya dah jumpa pengasuh belum.. Nina cakap belum.. Dia offer nak mengasuh.. Tapi sorang je dia nak mengasuh.. Sebab dia pun ada anak 2 orang.. Sorang 8 tahun, sorang lagi 4 tahun.. Tapi kitorang kalau boleh taknak lah kalau hantar sorang sini sorang sana.. Tapi hubs cakap takpe yang lagi sorang kita cari pengasuh lain.. Tapi akak nih macam tak berapa yakin cara dia jaga baby.. Tak tau laa tengok dulu camne..

Nursery

Nina cukup fobia bila nak hantar anak dekat nursery.. Sebab sekarang kan macam-macam kes.. Tapi kalau boleh mintak dijauhkan lah.. Hubs pun selalu pesan berdoa dan bertawakal kepada Allah.. InshaAllah takde apa-apa jadi.. Hopefully.. Yelah sape tak sayang anak sendiri kan.. Kalau nak hantar nursery kena cari yang betul-betul yakin.. Semoga dipermudahkan.. Btw, kalau boleh nak cari nursery yang tak ajar anak kita tido guna buai and boleh terima susu ebm.. Sebab ada setengah tak terima sebab susah time baby nangis nak panaskan lagi lah apa lah.. Then ajar tido buai sebab nak kasi tido lama.. Ermm kalau boleh taknak lah kan.. Dah ada dah 2 nursery pilihan.. 1 dekat dengan office nina tapi macam risau sikit dengan cara diorang jaga babies.. Yang kedua tu dekat dengan office hubs tak tau la ok ke tak.. Hubs cakap macam ok cara diorang jaga babies.. Erm nanti lah ajak hubs gi survey..

Serius sekarang pening tak tau nak cari baby sitter or nursery.. Bila kita dah jadi mak nih kan feel tu lain sikit.. Ada je rasa tak sedap hati tau.. Tapi cuba coolkan diri jugak.. Kalau dapat baby sitter or nursery yang mahal pun takpelah asalkan cara diorang jaga anak kita tu ok kan... Itu yang penting :) Ada sape yang nak jaga anak nina ? Boleh pm di fb.. Area shah alam.. Isnin-jumaat.. Hahahaha

Sunday, November 2, 2014

Aisy Faiq & Khayla Ammara

Assalamualaikum

Harini nak update pasal maksud nama baby.. Sebenarnya pening tau nak pilih nama untuk baby.. Sebab banyak pilihan nama kan.. Tapi kena pilih yang betul-betul berkenan and ada makna.. Bincang punya bincang, finally dapat nama untuk baby.. Nama yang ktorang pilih Aisy Faiq dan Kayla Ammara.. Kenapa pilih nama tu ? And kitorang panggil apa dekat diorang ? Meh nak story :)

Aisy Faiq

Memula kitorang nak letak satu nama nih tapi tak berapa nak ok sikit nama tuh.. Maksud dah ok cuma nama tu kitorang tak berapa nak setuju.. So terpaksa lah cari yang lain.. Faiq tu memang dah confirm dah.. Cuma nama yang depan Faiq tu je kitorang still tercari.. So belek punya belek buku pilihan nama baby dalam islam tengok satu nama nih macam sedap and makna pun ok tapi hubs suruh cari dekat google.. Tetiba hubs tersebut nama Aish.. Terus la kitorang pandang aku kau and hubs suruh try google maksud nama Aish tu.. Alhamdulillah ada makna nama Aish and makna pun elok.. Cuma ada 2 pilihan.. Sama ada 'Aish' or 'Aisy' Ada beza disitu.. Beza ejaan dan maksud.. Tapi maksud still elok.. Bincang punya bincang terus lah kitorang decide nak pilih Aisy bukan Aish.. So kitorang pun setuju nak letak nama baby Aisy Faiq.. Maksud Aisy " Kemakmuran Hidup " Kalau maksud Aish pulak " Kehidupan " So h tu tukar jadi y. Hehehe.. Maksud Faiq pulak " Tertinggi, Terkenal,Utama,Terkemuka " Haa kemain panjang maksud :p Nama Faiq nih kitorang dah lama berkenan sejak belum pregnant lagi.. Sebab masa memula kitorang kenal, nina ingat nama hubs Faiq.. Tapi nina tersalah dengar.. Bukan Faiq.. So dari situ lah kitorang decide nak letak Faiq.. Kitorang panggil Faiq sebab rasa macam sweet and teringat zaman couple kitorang dulu ;p Gitu pun boleh kan T_____T Setel bab baby boy.. Now baby girl pulak

Khayla Ammara

Ok nama untuk baby girl dekat 3,4 bulan lah jugak kitorang duk mencari.. Sebab baby girl banyak pilihan nama kan.. Start 18 weeks haritu dah start mencari sampai dah bersalin pun still tercari-cari lagi.. Nina berkenan dengan nama Alana tapi hubs tak berapa nak setuju.. Kenapa nina pun tak tau.. Then nina berkenan dengan nama Ammara.. Bagitau hubs dia macam setuju and dia tanya maksud Ammara.. Cari punya cari maksud Ammara and finally, jumpa maksud Ammara! Maksud Ammara " A lady with strong Iman " Haa amacam ? Ok tak maksud tu ? Then hubs tanya nak letak Ammara je ke.. Terus laa nina dah angau dengan nama tu senang lenangnya kasi je kuasa cari lagi satu nama.. Hahaha.. Nina suruh hubs cari lagi satu nama.. Hubs tak kisah dia cakap apa-apa pun ok je cuma kena ada maksud yg baik.. Terus la nina cakap taknak takpe, letak Ammara je.. Terus dia cakap haa kejap nak cari.. Hahaha.. Then hubs berkenan dengan nama Khayla.. Cari maksud Khayla tu ada.. Maksud Khayla" Cantik " So ingat nak letak Ammara Khayla tapi hubs cakap letak Khayla Ammara.. So kitorang bincang punya bincang and decide untuk letak Khayla Ammara.. Kitorang panggil Ammara sebab rasa nama Ammara tu sweet macam Faiq -,-

So gitu la kisah nama baby.. Harap korang faham.. Dah takde tanda tanya lagi dah kitorang memang sepakat nak letak nama Aisy Faiq & Khayla Ammara.. K bye ;)

Alhamdulillah

Assalamualaikum
Just nak update entry ringkas. Now dah tak boleh nak update lelama sebab dah ada orang baru dalam hidup




Macam yang nina update dekat facebook dan instagram, Alhamdulillah nina selamat melahirkan twins pada 18.10.2014 secara czer.. Walaupun kena jugak czer tapi takpe nina reda.. Mungkin nih bahagian untuk nina kan..

First baby

Nama :- Aisy Faiq
Birth Date :- 18.10.2014
Time :- 2.40 petang
Czer 

Second Baby

Nama :- Khayla Ammara
Birth Date :- 18.10.2014
Time :- 2:58 petang
Czer

InshaAllah pasni nina akan update lagi ya.. Oh 3 hari pertama faiq demam and now alhamdulillah dah sihat.. And haritu nina kena stay di ward selama 8 hari.. InshaAllah nina akan update story pasal tu dan kehidupan nina selepas menjadi ibu kepada twins..

Wednesday, October 15, 2014

Part 2 : Persiapan Barangan Baby

Assalamualaikum

Bila twins mau keluar nih.. Ibu dah tak sabar dah nih.. Okeh sementara twins tak keluar lagi jom lah kita update blog puas-puas dulu.. Nanti kan busy pulak bila twins dah keluar.. Huhu.. Nih nina sambung part 2 pulak okeh..




Ya nina tau napkin nih tak berapa penting sangat.. And yes orang dulu-dulu memang pakaikan napkin dekat baby diorang pun.. Diorang tak guna pampers bagai.. Tapi mampu ke nina nak pakaikan napkin dekat twins nanti ? Sebulan dua maybe rajin.. Kalau setahun ? Larat ke nak sental,basuh bagai ? Of course la tak! So nina just beli 1 pack buat back up and akak nina ada kasi yang anak dia punya time raya haritu.. Napkin pun boleh buat sebagai bedung jugak..




Pampers nina and hubs decide untuk beli petpet je.. Sebab time tuh kitorang blur taktau nak beli apa last-last tangan nih selamber je pegi beli pampers.. Tak tau lah sesuai ke tak dengan twins.. Hopefully twins sesuai lah nanti.. Kalau tak sesuai sapa nak pakai semua pampers nih kan..




Memula taknak beli safety pin nih sebab taktau apa fungsi dia.. Untuk baju besar ke apa kan.. Tapi dah alang-alang jumpa grab lah jugak.. Satu pack tuh just ada 6 batang je kot..




Benda alah nih penting okey! Berguna time nak pakaikan baby baju, pampers sebab mana lah tahu time tu baby terpopo or terkencing takdelah terkena tilam kan.. So nina beli 3.. Kenapa sampai 3 ?? Sebab satu nak tinggal dekat rumah, satu lagi nak tinggal dekat rumah pengasuh nanti dan satu lagi nak bawak travel senang kan.. Tapi nina beli yang size besar sikit tau..





Baby wipes nih nina beli banyak lah jugak sebab nanti dalam pantang akan guna banyakkan.. So nina ada beli a few pack lah jugak.. Hope cukup.. If tak cukup nanti boleh mintak tolong papa twins untuk beli lain.. Nina pilih brand anakku sebab nina lebih suka anakku..




Nina beli jugak bakul untuk letak baju kotor twins nanti.. Kalau boleh nina taknak campur baju twins dengan papa ibu.. So nina dah siap belikan bakul khas untuk letak baju kotor twins nanti sebelum basuh.. Murah je pon.. Dekat kedai biasa pun ada jual jugak..




Nina pilih ABD Liqiud Pureen sebagai pencuci baju twins nanti.. Sebab orang cakap okeh kalau nak basuh baju baby... And ada 2 pilihan tau.. Liquid and powder.. Tapi nina prefer liquid lagi.. Lagipun orang cakap liquid lebih wangi dan banyak buih dari powder.. Haritu nina ada guna masa nak dobi baju twins and yes memang wangi dan banyak buih.. Rasa macam nak basuh baju kita sekali je.. Hihi.

So sambung next part next entry ye.. Byee

Tuesday, October 14, 2014

Dah ready nak bersalin!

Assalamualaikum

Hari jumaat nih genap 39 weeks twins dalam perut.. Serius rasa cepat sangat masa sekarang.. And yes sekarang nina dah tak sabar nak jumpa twins.. Terasa lambatnya lagi twins nak keluar dari perut ibu.. Nanti mesti rindu twins dalam perut kan.. Tambah pregnant twins pulak kan.. Bukan semua orang dapat merasa pregnant twins.. Bawak twins kehulur-kehilir kan.. Nanti mesti rindu moment twins gerak-gerak dalam perut kan.. Huhu..




Barang-barang twins pun dah siap susun dah dalam almari.. Hospital bag pun dah siap kemas.. Now just tunggu hari untuk twins keluar je.. Breastpump pun nina dah beli.. Nina beli brand apa ? Of course Medela!! Next entry nina update okeh.. Alhamdulillah semua barang-barang dah almost complate dah.. Set berpantang pun dah siap..

And yes nina nak sangat normal delivery.. Nak rasa macam mana sakit nak bersalin.. Btw, sebenarnya nina tak kisah bersalin ceaser ke normal ke asalkan selamat dan sihat.. Tu je yang nina mintak.. Tapi sekarang dah rasa macam contraction tau.. Lagi lah rasa tak sabar.. Asyik nak mengira je.. Tapi fikir jangan excited nanti kang pegi hospital takde bukaan lagi kan.. Huhu

Monday, October 13, 2014

Part1 : Persiapan Barangan Baby

Assalamualaikum

Kali nih nak update pasal persediaan barang-barang baby yang nina dan husband buat untuk twins.. Sementara goyang kaki tunggu twins keluar apa kata update persediaan yang nina dan hubs buat kan.. Alhamdulillah barang-barang twins pun dah almost complate! :) Tinggal ada lagi sikit yang belum setel.. Macam stroller semua tuh.. Takpe nanti beli.. Hehehe.. Now just tunggu hari untuk twins keluar je..




So far baju-baju baby dah banyak dah so nina pun dah stop beli baju dekat twins.. Sebab baby kan cepat besar pastu dah ada banyak.. Baju lengan panjang dah ada 23 pasang dah.. Terlebih cukup dah tuh.. Lengan pendek plak dah ada 29 pasang campur yang baru beli haritu masa dekat Perlis jadi lah 32 pasang.. Banyak dah tuh.. Bebanyak nak buat apa kan.. Baby cepat besar..




Rompers pulak tak banyak kitorang beli.. Sebab hubs cakap baby still lembut kesian time nak pakaikan diorang rompers tuh.. So kitorang baru beli 6 pcs je dulu.. Dapat hadiah dari acu baby 6 pcs.. So jadi 12 pcs.. Sayangnya semua size 0-3months.. Kena pakai lah jugak nanti..




Baju untuk twins pakai jalan-jalan kitorang beli sikit je pun.. Sebab dalam pantang takkan nak keluar jalan kot ? Cari kena cepuk dengan mama.. Hahaha... So kitorang just beli buat pakai akikah je pun.. Mil and fil yang pilih .. So twins baru ada sepasang dress and sehelai tshirt mickey.. Takpe nanti ibu beli yang baru dekat twins okeh.. Size 0-3months..




Mitten booties dah ada banyak dah.. So far ada 25 pairs.. Kitorang beli 10 pairs kakak nina bagi 15 pairs.. So jadi 25 pairs.. Yerr mitten booties memang penting untuk baby sebab nanti baby sejuk kan.. Tapi nih dah terlebih banyak dah nih.. Takpe kalau nanti hujan senang lah jugakkan.. Tak lah kalut sebab tak kering.. Hehe




Topi nina just beli 3 je pun.. Sebab baby newborn bukan nak keluar sangat pun.. Habis sangat balik dari hospital, check up.. Tu je.. So nak buat apa beli bebanyak kan.. Nanti baru beli yang baru okay twins..




Sapu tangan nina beli sebab nak lap mulut baby nanti time diorang habis menyusu.. Nih pic credit google yer.. Banyak lah jugak nina beli.. Senang nanti kan.. Lagipun comel-comel and geram je tengok! Oh korang better beli yang 100% cotton ya supaya kulit baby tak melecit..




Bib baby memula taknak beli sebab boleh guna napkin or sapu tangan.. Bila fikir baby minum susu meleleh je terus rasa bib nih antara barang baby yang agak penting jugak! So beli lah jugak bib nih.. Tak banyak mana pun beli..




Bedung nih pun pinjam gambar dari google okey sebab mama tak habis jahit lagi.. Maybe next weeks baru siap tapi kitorang ada beli lah jugak a few pcs untuk bawak pegi hospital and backup if tak sempat mama nak siapkan.. Bedung penting ok sebab baby newborn kena sentiasa panas, supaya tak terkejut and nanti besar tak jalan kengkang kot ? Whatever.. Barut tu biasa-biasa je..

So siap dah satu part persiapan barang baby.. Nanti kalau rajin and belum deliver twins nina update ok!