Showing posts with label Twins. Show all posts
Showing posts with label Twins. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Aisy Faiq & Khayla Ammara

Assalamualaikum

Harini nak update pasal maksud nama baby.. Sebenarnya pening tau nak pilih nama untuk baby.. Sebab banyak pilihan nama kan.. Tapi kena pilih yang betul-betul berkenan and ada makna.. Bincang punya bincang, finally dapat nama untuk baby.. Nama yang ktorang pilih Aisy Faiq dan Kayla Ammara.. Kenapa pilih nama tu ? And kitorang panggil apa dekat diorang ? Meh nak story :)

Aisy Faiq

Memula kitorang nak letak satu nama nih tapi tak berapa nak ok sikit nama tuh.. Maksud dah ok cuma nama tu kitorang tak berapa nak setuju.. So terpaksa lah cari yang lain.. Faiq tu memang dah confirm dah.. Cuma nama yang depan Faiq tu je kitorang still tercari.. So belek punya belek buku pilihan nama baby dalam islam tengok satu nama nih macam sedap and makna pun ok tapi hubs suruh cari dekat google.. Tetiba hubs tersebut nama Aish.. Terus la kitorang pandang aku kau and hubs suruh try google maksud nama Aish tu.. Alhamdulillah ada makna nama Aish and makna pun elok.. Cuma ada 2 pilihan.. Sama ada 'Aish' or 'Aisy' Ada beza disitu.. Beza ejaan dan maksud.. Tapi maksud still elok.. Bincang punya bincang terus lah kitorang decide nak pilih Aisy bukan Aish.. So kitorang pun setuju nak letak nama baby Aisy Faiq.. Maksud Aisy " Kemakmuran Hidup " Kalau maksud Aish pulak " Kehidupan " So h tu tukar jadi y. Hehehe.. Maksud Faiq pulak " Tertinggi, Terkenal,Utama,Terkemuka " Haa kemain panjang maksud :p Nama Faiq nih kitorang dah lama berkenan sejak belum pregnant lagi.. Sebab masa memula kitorang kenal, nina ingat nama hubs Faiq.. Tapi nina tersalah dengar.. Bukan Faiq.. So dari situ lah kitorang decide nak letak Faiq.. Kitorang panggil Faiq sebab rasa macam sweet and teringat zaman couple kitorang dulu ;p Gitu pun boleh kan T_____T Setel bab baby boy.. Now baby girl pulak

Khayla Ammara

Ok nama untuk baby girl dekat 3,4 bulan lah jugak kitorang duk mencari.. Sebab baby girl banyak pilihan nama kan.. Start 18 weeks haritu dah start mencari sampai dah bersalin pun still tercari-cari lagi.. Nina berkenan dengan nama Alana tapi hubs tak berapa nak setuju.. Kenapa nina pun tak tau.. Then nina berkenan dengan nama Ammara.. Bagitau hubs dia macam setuju and dia tanya maksud Ammara.. Cari punya cari maksud Ammara and finally, jumpa maksud Ammara! Maksud Ammara " A lady with strong Iman " Haa amacam ? Ok tak maksud tu ? Then hubs tanya nak letak Ammara je ke.. Terus laa nina dah angau dengan nama tu senang lenangnya kasi je kuasa cari lagi satu nama.. Hahaha.. Nina suruh hubs cari lagi satu nama.. Hubs tak kisah dia cakap apa-apa pun ok je cuma kena ada maksud yg baik.. Terus la nina cakap taknak takpe, letak Ammara je.. Terus dia cakap haa kejap nak cari.. Hahaha.. Then hubs berkenan dengan nama Khayla.. Cari maksud Khayla tu ada.. Maksud Khayla" Cantik " So ingat nak letak Ammara Khayla tapi hubs cakap letak Khayla Ammara.. So kitorang bincang punya bincang and decide untuk letak Khayla Ammara.. Kitorang panggil Ammara sebab rasa nama Ammara tu sweet macam Faiq -,-

So gitu la kisah nama baby.. Harap korang faham.. Dah takde tanda tanya lagi dah kitorang memang sepakat nak letak nama Aisy Faiq & Khayla Ammara.. K bye ;)

Alhamdulillah

Assalamualaikum
Just nak update entry ringkas. Now dah tak boleh nak update lelama sebab dah ada orang baru dalam hidup




Macam yang nina update dekat facebook dan instagram, Alhamdulillah nina selamat melahirkan twins pada 18.10.2014 secara czer.. Walaupun kena jugak czer tapi takpe nina reda.. Mungkin nih bahagian untuk nina kan..

First baby

Nama :- Aisy Faiq
Birth Date :- 18.10.2014
Time :- 2.40 petang
Czer 

Second Baby

Nama :- Khayla Ammara
Birth Date :- 18.10.2014
Time :- 2:58 petang
Czer

InshaAllah pasni nina akan update lagi ya.. Oh 3 hari pertama faiq demam and now alhamdulillah dah sihat.. And haritu nina kena stay di ward selama 8 hari.. InshaAllah nina akan update story pasal tu dan kehidupan nina selepas menjadi ibu kepada twins..

Sunday, September 7, 2014

Cari Nama Baby

Assalamualaikum

Dah nak hujung-hujung pregnant nih baru lah terkedek-kedek ibu & papa nak cari nama untuk baby kan.. Haha.. Sebernarnya dah ada nama dah.. Kitorang dah pilih cuma tak confirm lagi.. Sebab haritu pilih satu nama je, nih nak dapat twins kena lah cari lagi satu nama untuk baby kan.. InshaAllah kitorang akan dapat sepasang nanti.. Girl & boy.. Walaupun dapat sepasang, dua-dua nama tetap ibu & papa pilih! Hiks :p

Nama untuk baby girl kitorang dah pilih dah.. Now nak cari nama untuk baby boy pulak.. InshaAllah nama depan & tengah baby boy kitorang akan letak huruf yang sama macam nama papa baby.. Buat masa sekarang kitorang tak panggil lagi baby dengan nama yang kitorang bakal letak.. Cuma panggil " Baby Ibu Papa " je.. Hehe. Rasa macam pelik nak panggil nama diorang.. Lol!  Biarlah diorang lahir dulu :p

Btw, kalau boleh kitorang memang tak nak letak nama baby mula huruf belakang-belakang.. Sebab nanti bila dia dah sekolah nanti asyik dia je orang last kena panggil nama kan.. So maybe akan mula dengan huruf A. InshaAllah. Then kitorang pun taknak lah kalau letak nama panjang-panjang nih.. Contohnya macam nina sendiri, kalau nama penuh nina bukan main panjang at last panggil nina je. Haha.. So nama baby kitorang akan letak pendek-pendek je dan senang untuk disebut..

Paling penting kena ada maksud.. Kalau boleh maksud tuh biarlah elok kan.. Sebab nama nih nak guna sampai diorang tua kan.. So haruslah letak nama dan ada maksud yang baik.. Itu memang wajib bagi nina & hubs.. Kalau boleh kitorang nak letak nama arab-arab sikit.. Tapi baru duk pilih.. Nak tahu nama baby apa ? Tunggu baby lahir dulu ye ;p