Friday, February 27, 2015

Aisy Faiq & Khayla Ammara :- 1 Months - 4 Months

Assalamualaikum

Haaa panjang tak tajuk entry nih ? Haha.. Btw nina tak pernah pun kan update progress ammara and faiq.. Huhu Rasa macam rugi sangat-sangat sebab tak update.. So harini nina akan update progress diorang okay.. Dari diorang 1 months sampai 4 months.. Tak salah kalau nak buat kenangan dalam blog nih kan.. Huhu

1 months

Faiq tak suka kena bedung.. Kalau bedung kemain muka merah.. Tapi bila tak bedung ok je mood dia.. Elok je.. Mengada betul laa faiq nih.. Hihi.. Ammara plak suka je bedung.. Rela je kena bedung kan.. 
Faiq and ammara nih cukup susah bila nak pakaikan baju.. Meraung macam kena pukul.. Dua-dua sama je perangai.. Puas berperang nak pakaikan baju dekat diorang.. Nasib pampers senang je pakai.. Huhu
Ammara tak suka duduk dalam baby coat.. Nak everytime ada tepi kita takpun duduk atas riba.. Sabar jelah ibu layan perangai ammara.. Huhu.. Faiq plak ok je duduk dalam babycoat.. Ammara je manja lebih
Faiq and ammara kuat menyusu.. Faiq setiap sejam akan bangun menyusu.. Ammara tiap 2  jam gitu baru bangun menyusu.. Ohh haa malam-malam 2,3 kali je faiq bangun nak menyusu.. Ammara tak menentu.. Kena ikut mood dia..
Faiq and ammara dah pandai senyum bila kita acah-acah diorang.. Faiq suka tido petang and malam.. Kiranya pagi dia berjaga lah.. Dalam pukul 5:30 tuh dah start ekk ekk.. Ammara plak suka tido siang.. Malam suka berjaga.. Start pukul 2 pagi dah start jaga.. Tido balik pukul 4 pagi macam tuh.. Nak borak and main ngan ibu papa..Sabar jelah ibu papa melayan ammara.. Papa dah mata panda pegi keja time nih.. Takpelah demi anakkan.. Huhu.. Dah mula practice bagi ammara and faiq duduk dalam carseat..  Nasib dua-dua nak je duduk dalam carseat kalau tak jenuh ibu.. Sebab next months dah nak start masuk keja balik.. Huhu
Berat faiq dah 4.2kg.. Alahaiii dah berat dah anak ibu nih.. Berat ammara plak dah 4kg.. Beza 2kg dengan faiq..

2 months

Faiq suka masukkan tangan dalam mulut.. Habis basah mittens tuh.. Tapi ammara tak plak.. Dia tak suka masukkan tangan dalam mulut..
Berat faiq dah 5.3kg dah.. Fuhh berat mkin naik.. Patut lenguh dah tangan ibu bila dukung awak faiq.. Nevermind, membesar dengan sihat ya.. Berat ammara plak dah 4.9kg.. Alahai jauh bezanya berat ammara dengan faiq.. Risau jugak berat bape kg je.. Terpikir jugak normal ke.. Takpe ke.. Haishh macam-macam lah duk pikir.. Maybe sebab faiq kerap menyusu. Setiap sejam kan.. Ammara nih tak sangat..
Time nih dah start masuk keja balik dah.. Actually masuk time umur faiq and ammara tak sampai sebulan lagi sebab ada hal nak setel.. So masuk awal sikit.. Serius baru tau macam mana perasaan mak-mak yang nak naik keja balik after deliver baby.. Perasaan tuh sedih je.. Buat keja pun teringat dekat anak.. Huhu

3 months

Suka senyum.. Hihi Somell sangat..  Senyum bukan biasa-biasa tapi senyum bukan main lebar lagi ...Sampai ke telinga diorang punya senyum.. Alahai comel je tau perangai dua beradik nih.. Ibu plak tak sabar nak tunggu faiq and ammara pandai berjalan..  Kekadang kan sebelum pegi keja diorang senyum-senyum terus buat ibu tak sanggup nak berpisah nak pegi keja.. Huhu..
Berat faiq dah 6.7kg dah.. Berat ammara plak alhamdulillah makin naik.. Berat ammara dah 5.9kg.. Nina keep breastfeed ammara tu yang berat makin naik..Alhamdulillah
Faiq and ammara dah pandai nak bersembang dah.. Cakap apa pun ibu taktau tapi ibu layan je.. Seronok tengok progress anak depan mata.. Allah.. Rasa macam dah lengkap hidup nih.. Terima kasih ya Allah atas anugerah yang kau pinjamkan ini..  Bangun pagi je sebelum hantar babysitter dah mula cakap dah.. Takdelah cakap macam kita kan.. Diorang cakap bahasa baby lah.. Hihi
Suka tarik tudung.. Sabar jelah.. Dua-dua sama je perangai.. Takleh tengok ibu pakai cantik sikit mulalah nak tarik.. Sekarang banyak pakai instant shawl je.. Lilit-lilit nih dah tak sempat.. Anak dah dua kan kenalah faham.. Huhu.. Pastu sekarang dah tak boleh bergaya dah.. Keluar pun simple je.. Make up pun kekadang dah tak pakai.. Memang mak-mak sangat sekarang
Ammara taknak duduk dekat babysitter.. Banyak kali babysitter call ammara nangis.. Bagi susu pun taknak.. Terpaksa ibu ambik cuti 3 hari sebab nak ok kan balik mood ammara.. Faiq alhamdulillah ok je duduk dengan babysitter... Goodboy sayang

4 months

Berat faiq dah 7.5kg dah.. Wow makin berat ye faiq.. Berat ammara plak dah 7.2kg dah.. Ok lah tu kan.. Faiq dah boleh meniarap sendiri.. Habis laa pasni ibu kena rajin mop lantai.. Huhu.. Ammara still takleh meniarap lagi.. Sokay take ur time sayang.. Tapi tanda-tanda nak meniarap tuh dah ada.. Faiq and ammara dah boleh pegang mainan sendiri.. Sekarang kalau keluar shopping ibu asyik borong soft toys jelah untuk faiq and ammara.. Barang ibu tolak tepi.. Mak - mak sangat sekarang kan.. Huhu.. Ammara dah pandai memilih orang.. Kalau nampak papa terus nak pegi kat papa.. Kalau pegi kenduri kalau orang nak dukung kena main-main , bagi dia gelak dulu baru nak kat orang tu.. Perangai sangat.. Faiq plak semua orang dia nak.. Sampaikan kat sorang perempuan india nak dukung pun dia nak.. Yang ni terlebih bahaya plak.. Macam-macam anak ibu nih.. Huhu ..

So nih jelah progress diorang.. Seronok tengok anak membesar depan mata walaupun ibu kena keja kan.. Huhu.. Semoga membesar dengan sihat ya Ammara and Faiq. Love u so much ♥ Tunggu progress diorang yang 5months plak okay dalam blog.. Bye

No comments:

Post a Comment